Tuesday, 14 August 2018

DUA6012 KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM






DUA6012 KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
PUNCA-PUNCA HIBURAN MELAMPAU DAN CARA MENGATASINYA

NAMA PENSYARAH : HAYATI BINTI TALIB
NAMA
NO MATRIK

ABDUL WAFI BIN HILMIN

02DGU16F1022

SYAHIR AFIQ BIN SAHARUDDIN

02DGU16F1016

AMIR ZIKRI BIN MUHAMMAD HANAFIAH

02DGU16F1038

FITRI DANIAL BIN MUHAMAD

02DGU16F1004

MUHAMMAD FIRAS AIZAT BIN AZAHANUDDIN

02DGU16F1105

MUHAMMAD AFIF IRFAN BIN MD SHAHRI

02DGU16F1080



Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.


Segala puji bagi Allah S.W.T, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam,tuhan yang maha pemurah, lagi maha pengasih. Tuhan yang menguasai hari pembalasan. KepadaMu lah sahaja kami menyembah dan kepadaMu lah kami memohon pertolongan. Tunjukkanlah kami ke jalan yang lurus, iaitu jalan orang-orang yang engkau beri nikmat kepada mereka, bukan jalan orang-orang yang engkau murkai,dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat.

Bersyukur kami dengan limpah kurnianya dapat juga kami menyiapkan tugasan berkumpulan yang di amanahkan kepada kami. Tugasan yang diberikan oleh Puan Hayati binti Talib iaitu pensyarah mata pelajaran komunikasi dan penyiaran islam. 

PENGENALAN

Era globalisasi kini mampu melahirkan remaja yang berakhlak dan bermoral bagi mencerminkan masa hadapan Negara yang maju dan harmoni.Namun di zaman yang semakin maju dan canggih ini, Kadangkala kita alpa tentang persekitaran sekeliling yang telah mengalami banyak perubahan ke arah kemajuan seiring dengan kemajuan di negara-negara maju, seperti di Malaysia, perubahan-perubahan yang besar ini telah memberi banyak impak positif dari segi ekonomi, pembangunan, perindustrian, pelaburan, perbankan, pertanian dan sebagainya.Tetapi bagaimana pula dengan tahap sosial masyarakat negara terutama remaja di mana mereka inilah yang akan memacu pembangunan negara pada masa akan datang.

Kebelakangan ini terlalu banyak diperkatakan isu yang berkaitan dengan masalah sosial yang melibatkan remaja. Perlakuan sosial yang negatif dalam bentuk devian sosial tidak seharusnya merupakan satu petunjuk ke atas kelemahan masyarakat untuk membudayakan pembangunan secara positif yang berteraskan prinsip dan nilai-nilai murni kemanusiaan serta agama.

Justeru kita lihat, keruntuhan akhlak dikalangan remaja sebagai tunggak masa hadapan Negara kini semakin meningkat.Gelaja sosial semakin berleluasa, keselamatan benda awam terjejas, kesejahteraan ummat juga tidak terkawal.Secara terperincinya, pelbagai faktor yang menyebabkan kekurangan moral dan keruntuhan akhlak dikalangan remaja, salah satunya adalah disebabkan “hiburan yang melampau”.Hal ini boleh digambarkan dengan pelbagai adegan yang berlaku pada masyarakat kita hari ini.
ISI DAN KESAN

Hedonisme ialah pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup.Sedar atau pun tidak, secara sengaja atau pun kebetulan, budaya hedonisme initelah mula menular masuk sekian lama dalam kehidupan masyarakat Islam diMalaysia terutamanya dikalangan muda mudi.


 Golongan hedonisme mengambil kira bagaimana tindakannya boleh memberi kesan terhadap keseronokkan dan kegembiraan dalam kehidupan sama ada pada masa kini atau akan datang. Oleh itu, tugas mereka yang utama adalah meningkatkan kadar pengalaman yang menyeronokkan dan mengurangkan kadar ketidakselesaan seperti kesakitan, kesedihan dan kekecewaan.

 Salah satu faktor penting yang menyumbang kepada berlakunya fenomena ini ialah realiti media massa samaada media cetak atau media elektronik yang memberikan peruntukan yang sangatbanyak kepada aspek hiburan,.Selain itu, hedonisme terhasil akibat daripada keruntuhan dan kurangnya keperihatinan dalam institusi kekeluargaan dan kejiranan. Ia bukan sahaja boleh terjadi dalam keluarga yang berantakan, tetapi juga dalam keluarga yang berjaya.


  Anak-anak muda merasakan tiada sokongan dan pemahaman dari keluarga terhadap jiwa dan trend dunia mereka. Jiwa ‘rebel’ mereka memilih cara hidup hedonisme sebagai sub budaya untuk mengisi kekosongan jiwa melalui pengaruh dan tekanan rakan sebaya (peer pressure) tanpa mereka sendiri sedari. Akhirnya ada yang sanggup menipu ibu bapa dengan meminta izin untuk tidur di rumah kawan, sebaliknya pergi berhibur di tempat-tempat lain…









KESAN-KESAN


 Dalam kajian kami mencari kesan tiada ksan baik yang kami temui
antara kesan yang kurang baik ialah :

1. Sikap pentingkan kemewahan.
2.  Peningkatan kes jenayah.
3. Keruntuhan akhlak dalam golongan remaja.

                        
                            Remaja perempuan yang dikecam memeluk artis luar negara


4. Terapan nilai nilai negatif.
5. Menggagalkan usaha remaja menjadi golongan yang manusia yang sempurna  dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi
6. Maruah keluarga tergadai












7. Menyebabkan generasi muda lupa akan matlamat hidup yang sebenar.
8.Menggagalkan usaha kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang berwawasan dan berilmu pengetahuan.
9. Golongan remaja dan belia semakin jauh dari 
pada nilai-nilaikeagamaan.
10. Meningkatkan gejala sosial dalam kalangan remaja dan belia


CARA MENGATASI

1. Remaja perlu mendekatkan diri dengan didikan agama. Disamping menerapkan nilai-nilai murni dalam diri dengan bergaul bersama yang berpengetahuan dan orang yang arif tentang agama.

2. Ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting dalam memberikan perhatian, pendidikan yang serius dan juga mencurahkan kasih sayang yang cukup terhadap anak-anak mereka.Bak kata pepatah melayu, “Melentur buluh biarlah dari rebungnya”.

3. Ibu bapa hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasai masalah tersebut.Selain itu menghabiskan sebahagian daripada masa seharian bersama anak-anak dengan memberikan keyakinan, keberanian, mewujudkan sikap positif terhadap masalah, emosi dan keputusan dalam diri mereka.

4. Mereka juga perlu tingkatkan penghayatan anak-anak terhadap agama, nilai-nilai murni, motivasi, melatih anak cara bersopan, prinsip-prinsip akauntabiliti, tepati janji, berketerampilan, menunjukkan keperibadian yang mulia, amanah, sanggup menerima kelemahan diri serta meneroka potensi anak. Ibu bapa hendaklah menjadi role model kepada anak.

5. Berkawan dengan kawan yang dapat membantu dalam pelajaran, mengajak kepada kebaikan dan positif.

6. Berjumpa dengan guru atau orang yang dipercayai untuk mendapatkan nasihat dan pandangan yang baik.

7. Peranan media massa dengan memberi kempen atau rancangan yang menghidupkan jiwa dan rohani.

8. Pendekatan akademik. Ini boleh dilakukan dengan menambahkan aktiviti-aktiviti berteraskan akademik dan separa akademik seperti kegiatan ko-kurikulum di sekolah. Begitu juga dengan perubahan-perubahan teknik-teknik pengajaran seperti penggunaan komputer, video, bantuan alat pandang dengar dan teknik pengajaran luar kelas.

9.  Penguatkuasaan Undang-Undang oleh pihak berkuasa seperti polis.Bidang kuasa polis yang sedia ada perlu digunakan oleh pihak pentadbir sekolah dalam mendisiplinkan pelajar-pelajar.Pihak pentadbir hendaklah mengambil kesempatan dengan merujuk masalah pelajar ini kepada pihak polis.

10. Langkah-langkah pencegahan yang bersesuaian hendaklah diadakan seperti kaunseling di peringkat sekolah. Kaunseling di peringkat sekolah adalah penting dalam membantu remaja mengatasi masalah mereka. Program ini akan lebih bermakna sekiranya kaunselor-kaunselor yang berkelayakan dan berpengalaman dilantik dalam memantapkan pelaksanaan dan keberkesanan kaunseling tersebut. 

11. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlulah memainkan peranan yang penting.Pertemuan yang lebih kerap antara ibu bapa, penjaga dan guru perlu diadakan khasnya bagi pelajar-pelajar yang bermasalah.Ibu bapa seharusnya menerima teguran daripada guru dengan sikap terbuka dan positif.PIBG jangan lah jadi umpama “kucing tak bergigi, tikus lompat tinggi-tinggi”.


PENUTUP

Remaja kita tidak mementingkan perihal tentang menghormati ibubapa, guru dan golongan yang lebih tua daripada mereka, tentang belajar, bekerja dan lain-lain lagi. Mereka hanya mementingkan keseronokan daripada semua itu, mereka merasakan diri mereka seperti kurang bermakna jika tiada keseronokan dalam hidup dan memilih hiburan melampau.

Biasanya, remaja adalah mereka yang berada dalam lingkungan umur belasan tahun. Secara amnya, golongan remaja berumur antara 11 hingga 19 tahun. Jika kita perasan, dalam linkungan umur inilah ramai remaja kita yang menghadapi pelbagai masalah. Remaja kini bukanlah golongan yang pandai berdikari seperti remaja zaman dahulu, malahan mereka seperti bayi yang perlu dijaga seperti menatang minyak yang penuh.

Kini negara kita mengalami pelbagai masalah yang melibatkan golongan remaja, bahkan isu ini sudah menjadi perkara biasa bagi masyarakat negara kita. Mereka sering berpendapat bahawa masalah atau gejala sosial dalam golongan remaja adalah normal bagi umur mereka yang sedang meningkat naik. Rata-rata kita dapat melihat gejala sosial yang berlaku di seluruh negara adalah dalam kalangan anak muda remaja.Dalam ini ibu bapa perlu memainkan peranan yang tinggi dalam mendidik anak anak mereka supaya menjadi jenerasi yang berguna pada masa hadapan.



RUJUKAN


1. Sumber internet
2. Keratan akhbar Sinar Harian
3. Google imej



LAMPIRAN











Thursday, 26 January 2017

APLIKASI PRINSIP SYARIAH DALAM KEHIDUPAN UMAN ISLAM


KOD SUBJEK : DUA 2012 SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM.


TAJUK : APLIKASI PRINSIP SYARIAH DALAM KEHIDUPAN UMAT ISLAM


                                           NAMA PENSYARAH :

                          PUAN RINA FAKHIZAN BINTI MOHD SUKRI

AHLI KUMPULAN :

-MUHAMMAD AFIF IRFAN BIN MD SHAHRI

-MUHAMMA AMIR ZIKRI BIN MUHAMMAD HANAFIAH

-ABDUL WAFI BIN HILMIN

-MUHAMMAD SYAFIQ BAHARI BIN MD ZAIN

-SYED HAZIQ BIN SYED MUHAMMAD

SESI : DISEMBER 2016

ISI KANDUNGAN 


BILANGAN
PERKARA

MUKA SURAT

1.0

PENGHARGAAN


1

2.0


PENDAHULUAN


2

3.0


PENGENALAN SYARIAH DALAM KEHIDUPAN UMAT ISLAM


3


3.1


MEMELIHARA AGAMA


4

3.2


MEMELIHARA MARUAH


5

3.3


MEMELIHARA NYAWA


6

3.4


MEMELIHARA AKAL


7

3.5


MEMELIHARA KETURUNAN


8

3.6


MEMELIHARA HARTA


9

3.7

       
UTAMAKAN YANG UTAMA


10

3.8


MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA


11

3.9



PELAKSANAAN KAJIAN MENEPATI SYARAT


12

3.10


MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBAT


13

3.11


AKIDAH DIUTAMAKAN SYARIAT DIUTAMAKAN


14
4.0


Kesukaran Menjadi Sebab Kepada Kemudahan Dan Keringanan


15
5.0


Kesukaran Menyebabkan Berlakunya Kemudahan Dan Keringanan


16
6.0


KONSEP RUKHSAH


17
7.0

DALIL MENGENAI KESUKARAN MENJADI SEBAB KEPADA KEMUDAHAN DAN KERINGANAN


18
8.0

CONTOH CARA SOLAT KETIKA SAKIT


19
9.0

KESIMPULAN


20
10.0

RUJUKAN


21
11.0

LAMPIRAN


22

1. PENGHARGAAN
Assalamualaikum W.B.T. Pertama sekali kami memanjatkan kesyukuran terhadap Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya kami dapat menyiapkan tugas kami dengan jayanya.
       Sepanjang proses pencarian maklumat , pelbagai cabaran dan dugaan kami tempuhi. Bukan itu saja, malah pelbagai dugaan lain seperti ketiadaan sumber internet dan kesukaran untuk mendapatkan maklumat menjadi punca kesukaran untuk menyiapkan laporan kami.
       Kami terdiri daripada empat orang ahli yang berusaha mencari maklumat untuk laporan berkaitan dengan tajuk kami iaitu Aplikasi Prinsip Syariah Dalam Kehidupan Umat Islam. Ketua kumpulan kami ialah Muhammad Amir Zikri Bin Muhammad Hanafiah , diikuti oleh Abdul Wafi Bin Hilmin ,  Muhamad Syafiq Bahari Bin Md Zain , Muhammad Afif Irfan  Bin Md Shahri serta Syed Haziq Bin Syed Muhammad . Kami sekumpulan berjaya mencari dan mengkaji tentang maklumat berkaitan dengan tajuk kami.
       Di samping itu, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah kami iaitu Puan Rina Fakhizan Binti Mohd Sukri kerana banyak memberi tunjuk ajar, panduan dan dorongan kepada kami dalam menyiapkan laporan kami iaitu tentang  Aplikasi Prinsip Syariah Dalam Kehidupan Umat Islam . Kami juga berterima kasih kepada rakan sekumpulan kami kerana bekerjasama dalam menyiapkan kajian ini.
       Kesimpulannya, kami berharap agar kajian ini dapat memberikan manfaat serta pengajaran yang berguna kepada pelajar lain. segala kesilapan atau kekasaran yang terdapat sepanjang pengajian ini diharap dapat dimaafkan. Sesungguhnya yang baik dari Allah, yang buruk dari kesilapan dan kelemahan diri kami sendiri.




2. PENDAHULUAN
Pertama sekali kami ingin memanjatkan kesyukuran terhadap Ilahi kerana dengan kurnia-NYA kami  dapat menyiapkan e-folio kami pada jangka masa yang ditetapkan.
      Tajuk yang telah kami pilih ialah, Aplikasi Prinsip Syariah Dalam Kehidupan Umat Islam . Terdapat beberapa isi yang ingin kami kupaskan antaranya ialah tentang prinsip etika Islam , peranan prinsip etika Islam, amalan yang baik etika Islam dan pelaksanaan prinsip etika Islam dalam sains teknologi dan kejuruteraan. Terdapat beberapa hadis dan keratan ayat Al-Quran yang menarik perhatian kami untuk dijadikan sumber utama dalam menyiapkan laporan kami.
      Prinsip etika Islam terbahagi kepada tiga iaitu aqidah, syariah dan akhlak. Tiga prinsip itu mempunyai maksud dan nilai yang tersendiri. Di sini anda akan mengetahui maksud tiga prinsip yang di nyatakan di atas.
      Seterusnya ialah peranan prinsip etika Islam. Antara peranan prinsip etika ialah sebagai suatu rujukan kepada saintis, membatas dan memantau perkara-perkara yang boleh dilakukan oleh saintis, menjaga kepentingan umum dan menentukan dasar dalam aktiviti sains. Peranan prinsip etika Islam ini perlu dititik beratkan supaya tidak menjadi penyebab akan kerosakan akhlak masyarakat di negara kita ini.
      Bukan itu saja, kami juga cuba mengupas tentang amalan baik etika Islam. Antara amalan yang baik ialah yakin kepada Allah, Ikhlas, Ihsan, Itqan atau tekun dan sebagainya. Amalan baik etika Islam ini harus dipupuk ke dalam jiwa para masyarakat agar dapat memajukan individu, masyarakat dan negara.
      Akhir sekali ialah perlaksanaan prinsip etika Islam dalam sains teknologi dan kejuruteraan. Terdapat beberapa pelaksanaan prinsip etika Islam antaranya ialah menghasilkan penemuan sains yang bermanfaat, menggunakan sains untuk peningkatan kualiti, melakukan eksperimen tanpa niat jahat dan menjadi keperluan untuk mempertahankan agama, bangsa dan negara.


3.0 PENGENALAN SYARIAH DALAM KEHIDUPAN UMAT ISLAM
Ø  Syariah adalah berasal dari perkataan syarak yang memberi maksud jalan ke arah sumber air atau memberi makna jalan yang kurus [al-Jathiyah : 18]
Ø  Syariah dari aspek istilah adalah merujuk kepada segala okum yang disyariatkan oleh Allah SWT kepada umat manusia melalui Rasulullah SAW.
Ø  Dipanggil sumber air kerana syariat diperlukan sebagai sumber kehidupan manusia. Air diperlukan untuk terus hidup begitu juga syariat sangat diperlukan untuk menjadi nadi dalam hidup manusia. Manusia akan mati tanpa air, manusia akan sesat tanpa syariat. Kewujudan syariat bukan menyusahkan tetapi dipatuhi bagi kesempurnaan hidup di dunia dan akhirat.

BIL
PRINSIP SYARIAH
HURAIAN
1
Rabbaniah
[Ketuhanan]

·         Prinsip yang pertama ini menjelaskan syariah Islam adalah dicipta dan disusun oleh Allah SWT.
·         Segala kandungannya yang meliputi aspek aqidah, ibadat dan muamalat adalah secocok dengan keperluan manusia.
·         Alam yang terbentang luas dengan segala khazanah di dalamnya boleh diterokai dengan mematuhi peraturan Allah SWT.
·         Seluruh ciptaan alam adalah milik Allah SWT. Maka kita sebagai khalifah tertakluk kepada peraturan alam milikNya. Setiap kajian dan ciptaan hendaklah menjurus kepada pengabdian diri kepada Allah SWT dan menginsafi keagunganNya.
·         Para saintis, teknokrat dan jurutera tertakluk kepada prinsip ketuhanan dan bermatlamatkan kemakmuran sarwajagat.

2
Wasatiah [Kesederhanaan]
·         Kesederhanaan dalam syariat adalah memberi makna segala okum hakamnya adalah bersifat sederhana. Tidak ekstrem kepada yang berlebihan atau berkurangan.
·         Boleh berlaku perubahan dan penyesuaian tertentu pada pelaksanaan okum mengikut keperluan yang tertentu. Contohnya solat fardu hendaklah hendaklah dilakukan secara berdiri. Diberikan kelonggaran untuk duduk bagi yang sakit.
·         Wasatiah juga memberi makna pertengahan antara dua perkara. Mengambil tindakan antara dua kecenderungan. Contohnya antara kaya dan miskin. Maka mengambil pendirian sederhana dalam mencari harta lebih diutamakan. 3 Tawazun [Keseimbangan]
3
Tawazun
[Keseimbangan]

·         Keseimbangan dalam syariat bermaksud segala kandungannya adalah mengimbangi antara keperluan manusia di dunia dan akhirat.
·         Contohnya manusia diminta untuk mencari rezeki bagi menyara hidup diri dan keluarga. Dalam waktu yang sama rezeki tersebut hendaklah dicari secara yang halal, baik dan dilaksanakan secara paling terbaik. Impaknya dia akhir bulan gaji diperolehi, pahala diganjari dan pengurusan kerja dihargai.
·         Keseimbangan ini menuntut saintis, teknokrat dan jurutera mengimbangi keperluan manusia di dunia bagi menjadi bekalan di akhirat nanti.

4
Mizan
[Kesetaraan]

·         Kesetaraan dalam syariat terlihat dalam okum hakam yang memberikan nilai yang selayaknya bagi sesuatu perkara.
·         Kesetaraan dalam syariat menuntut agar segala tindakan yang dilaksanakan hendaklah meraikan keperluan dunia dan akhirat.

·         Kesetaraan dalam syariat menuntut agar setiap perkara yang dilaksanakan perlu ditimbang agar okum-hakam tidak menjadi korban atas nama penyelidikan dan pembangunan.

·         Setiap perkara yang dilakukan hendaklah mengambilkira item-item yang digunakan benar menurut sukatan atau had yang ditentukan oleh syariat.

5
Tetap & Anjal
[Mutlak & Murunah]

·         Tetap dan anjal menurut syariat terlihat dalam aspek  hukum hakamnya tetap untuk semua zaman dan umat.
·         Tiada berlaku sebarang perubahan okum seperti pengharaman arak. Namun begitu, pengharamannya boleh dikecualikan atau digugurkan seandainya ada keperluan yang syar’I untuk menggunakannya. Contohnya arak terpaksa digunakan untuk tujuan perubatan. Kelonggaran ini boleh berlaku seandainya tiada pilihan lain bagi mengubati penyakit yang merbahaya.
·         Kemutlakan dalam okum diperlukan bagi memelihara kesucian prinsip syariat dan keanjalan wajar dilakukan bagi meraikan sifat kehidupan manusia yang sentiasa berubah dan dinamik.


                                                                                                                                                           







3.1 MEMELIHARA AGAMA

·         Peranan utama syariat Islam adalah untuk memelihara nilai agama serta pelaksanaannya.
·         Sebarang elemen yang boleh menggugat kesucian agama akan dicegah sebelum berlaku.
·         Andaikata sudah berlaku, maka hukuman yang sewajarnya bagi tujuan siksaan dan didikan akan dilaksanakan.
·         Pensyariatan hukuman dan perundangan dalam syariat Islam akan mengambilkira kesannya kepada kemuliaan dan kesucian agama.
·         Syariat Islam menetapkan sebarang kajian, ciptaan dan hasil sains teknologi dan kejuruteraan hendaklah memberikan kebaikan kepada memelihara agama.
·         Pembinaan bangunan yang dilengkapi dengan kecanggihan peralatannya menjadikan manusia insaf tentang keagungan Allah swt dan digunakan untuk kebaikan manusia sejagat.
·         Untuk menyelamatkan agama, maka hukum keluar daripada Islam adalah termasuk jenayah hudud.











3.2 MEMELIHARA MARUAH

·         Syariat Islam menetapkan pemeliharaan maruah atau harga diri merupakan perkara penting dalam kehidupan manusia.
·         Segala kajian yang melibatkan sains teknologi dan kejuruteraan hendaklah mengambilkira kepentingan maruah umat.
·         Tindakan yang membelakangkan maruah boleh mengundang kerosakan dan kemusnahan yang besar.
·         Atas nama pembangunan atau pemodenan atau penyelidikan bukan menjadi hukum untuk merobek maruah manusia atau maruah agama.
·         Kerosakan dan kefasadan yang melanda adalah antaranya berpunca daripada kealpaan para saintis, teknokrat dan jurutera terhadap nilai maruah manusia
·         Lantaran itu, okum-hakam dalam syariat Islam memandang serius terhadap tindakan yang boleh merosakkan dan menghancurkan maruah seseorang
















 3.3 MEMELIHARA NYAWA

·         Nyawa merupakan ciptaan unik kepada kejadian manusia menjadi keutamaan untuk dipelihara melaksanakan tanggungjawab khalifah.
·         Nyawa tidak boleh diambil kecuali atas sebab yang dibenarkan oleh syarak. Sebagai contoh hukum bunuh boleh dikenakan ke atas pembunuh di bawah kes qisas.[Al-An’am : 151]
·         Syariat Islam mengharuskan segala benda yang boleh menyelamatkan nyawa. Dalam waktu yang sama mengharamkan segala sesuatu yang boleh merosakkan nyawa manusia.
·         Pensyariatan hukum dalam Islam mengambilkira keselamatan nyawa manusia dengan mengkanunkan hukum-hukum pencegahan.
·         Islam mengharamkan bahan-bahan yang boleh merosakkan dan membunuh nyawa manusia. Contohnya segala bahan kimia yang boleh membunuh atau merosakkan diri manusia.
·         Dalam waktu yang sama, Islam menggalakkan manusia mengambil sesuatu yang boleh memberikan kesihatan dan kekuatan kepada nyawa manusia. Contohnya dengan mengambil makanan yang halal dan berkhasiat nyawa manusia akan sihat. Begitu juga makanan yang bersifat abstrak seperti zikrullah
akan menyihatkan nyawa manusia..












3.4 MEMELIHARA AKAL


·         Akal merupakan anugerah utama bagi komponen tubuh badan manusia. Kemampuannya tiada tolak tandingannya. Kekuatan akal mampu berfikir secara maksima menyamai kemampuan ribuan hukum riba yang diletakkan memenuhi padang bola sepak.
·         Akal yang sihat dijamin oleh syariat melalui penjagaan makanan, minuman dan riadah minda.
·         Islam melarang segala perbuatan yang boleh menyebabkan berlakunya kerosakan pada akal seperti mengambil minuman yang memabukkan, pil-pil yang mengkhayalkan dan bahan bacaan yang merosakkan ketajaman minda.
·         Akal yang cerdas berada pada tubuh yang cergas menuntut penjagaan pada tubuh badan bagi memelihara kecerdasan minda.
·         Segala aktiviti dan tindakan yang boleh mengancam keaslian, kemampuan dan keselamatan akal adalah haram di sisi syariat Islam.
·         Saintis, teknokrat dan jurutera hendaklah menghasilkan kajian dan ciptaan yang menggunakan ketajaman minda. Dalam waktu yang sama kesan langsung hendaklah juga memelihara kecerdasan akal. Bukan satu kecemerlangan dalam ilmu apabila ciptaan yang dihasilkan baik dalam pelaksanaan, namun memberikan kesan buruk pada akal manusia.












3.5 MEMELIHARA KETURUNAN

·         Syariat Islam dengan tegas memutuskan untuk mengharamkan apa jua bentuk tindakan yang boleh merosakkan keturunan samada secara langsung atau tidak, seperti :
·         Zina atau tuduhan melakukan zina
·         Liwat
·         Musahaqah – Lesbian
·         Istimna’ – Onani
·         Bercakap atau menunjukkan aksi lucah
·         Berdua-duan lelaki dan wanita
·         Pergaulan bebas antara lelaki dan wanita
·         Melihat atau menonton atau menayangkan atau melakonkan atau mengarahkan benda yang haram seperti aurat wanita, gambar atau filem lucah
·         Bersentuhan atau bersalaman antara lelaki dan wanita yang bukan mahram
·         Mendedahkan aurat
·         Hukuman bagi setiap kesalahan berikut adalah termasuk dalam kes-kes hudud atau ta’zir
·         Justeru itu, Islam mensyariatkan pernikahan atau perkahwinan bagi memelihara keturunan manusia







3.6 MEMELIHARA HARTA

·         Syariat Islam dengan tegas mengharamkan segala bentuk perbuatan yang boleh memudaratkan harta seseorang atau kumpulan seperti merompak, mencuri, menyorok, membazir dan menspekulasi pasaran modal.
·         Islam menetapkan kewajipan mengeluarkan zakat bagi setiap muslim yang telah mencapai kelayakan. Harta yang dikumpul mepunyai hak untuk terus mendapat keberkatannya.
·         Pencarian harta hendaklah melalui proses yang jelas halalnya. Matlamat menjadi kaya bukan menjadi sebab untuk menghalalkan segala tindakan itu.
·         Hukuman hudud seperti potong tangan bagi yang mencuri dan ta’zir menunjukkan syariat Islam memandang serius jenayah ini.
·         Bagi mereka yang sanggup mempertahankan harta sehingga membawa kepada kematian dianggap mati syahid akhirat.

















3.7 UTAMAKAN YANG UTAMA

·         Islam menjadikan Awlawiyat atau keutamaan dalam melaksanakan sesuatu perkara.
·         Mengelakkan kemudaratan demi mencari kemaslahatan adalah sangat diutamakan.
·         Mendahulukan yang wajib lebih diutamakan daripada yang sunat.
·         Mengutamakan kepentingan ramai adalah wajar didahulukan daripada kepentingan individu.
·         Sebarang kegiatan sains teknologi dan kejuruteraan hendaklah memberikan keutamaan kepada memelihara peranan syariah.
·         Para saintis, teknokrat dan jurutera seharusnya meletakkan keutamaan memakmurkan alam daripada mencari keuntungan dan kemahsyuran
·         Pelaksanaan sesuatu perkara hendaklah merujuk kepada mengutamakan agama, nyawa, akal, keturunan, maruah dan harta.















3.8 MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA
·         Islam mengakui keperluan untuk membuat kajian tentang alam. Manusia dibenarkan untuk menerokai daratan, lautan dan ruang udara untuk tujuan pengimarahan alam.
·         Ciptaan dan penemuan inovasi yang melibatkan teknologi dan kejuruteraan adalah bukti kehebatan akal manusia untuk keperluan dan kemaslahatan hidup manusia.
·         Namun begitu, syariat menegaskan setiap operasi untuk menghasilkan ciptaan dan rekaan hendaklah menghormati peraturan dan etika Islam.
·         Tiada istilah untuk mencapai matlamat keperluan manusia, sebarang kaedah boleh digunapakai dan menghalalkan proses yang bercanggah dengan syariat.
·         Dunia hari ini memaparkan kerakusan manusia untuk maju dan moden hingga bergelar kuasa besar dunia melalui proses mengorbankan alam. Sebagai contoh ujian huklear di lautan telah mengakibatkan berlakunya kerosakan pada lapisan perut bumi yang menjadi punca berlakunya tsunami.


















 3.9 PELAKSANAAN KAJIAN MENEPATI SYARAT
·         Pelaksanaan syariat dalam sains teknologi dan kejuruteraan mengutamakan nilai keagamaan yang lebih kepada etika dalam membangunkan alam.
·         Peraturan dan hukum yang melibatkan halal, haram, sunat, harus dan makruh serta syubahat hendaklah menjadi asas rujukan dalam pelaksanaan setiap proses kerja.
·         Sebarang ciptaan, penemuan, kajian dan penyelidikan sewajarnya mengambilkira kepentingan prinsip dan etika syariat Islam.
·         Kegagalan mematuhi prosedur ini akan menyumbang kepada ketidakstabilan dan kepincangan pengurusan alam.
·         Andai berlaku pertembungan antara kepentingan keperluan manusia dan pemeliharaan alam, maka syariat menetapkan untuk memilih kemudaratan yang minima.














3.10 MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBAT

·         Syariat Islam menetapkan prinsip mencegah adalah menjadi keutamaan dalam pelaksanaan kerja manusia.
·         Prinsip pencegahan yang diminta oleh syariat Islam adalah untuk menolak dan mengelakkan berlakunya kerosakan. Contohnya Islam mengharamkan perbuatan mendekati zina. Maksud mendekati itu adalah termasuk berdua-duaan atau sesuatu tindakan yang boleh membawa zina. Larangan perbuatan yang boleh membawa kepada zina adalah dianggap langkah pencegahan bagi mengelakkan zina dan lahirnya anak luar nikah.
·         Kajian sains dan rekaan teknologi serta kejuruteraan hendaklah mengambil langkah pencegahan dalam segenap aspek dari mula hingga akhir. Akibat yang besar akan menimpa umat manusia apabila langkah-langkah pencegahan tidak diambil kisah.
·         Prinsip mencegah sewajarnya menjadi agenda utama para saintis, teknokrat dan jurutera melaksanakan tugasan mereka. Pengabaian prinsip ini akan menempah suatu pengurusan kos yang lebih besar serta pengorbanan masa yang bukan kepalang. Justeru itu, fikirkan aspek pencegahan sebelum bertindak.














3.11 AKIDAH DIUTAMAKAN SYARIAT DIUTAMAKAN

·         Aqidah yang merupakan tunjang bagi terbangunnya insan terbaik di sisi Allah SWT tidak boleh dipandang rendah dalam apa jua pelaksanaan hidup manusia.
·         Syariat adalah peraturan Allah SWT untuk dijadikan panduan hidup bagi mengundang rahmat dan berkat.
·         Integrasi pelaksaanaan aqidah dan syariat akan membuahkan keadaan yang harmoni bagi pembangunan modal insan dan pembangunan material sesebuah negara.
·         Pelaksanaan aktiviti sains teknologi dan kejuruteraan haruslah mendahulukan keperluan aqidah sebagai teras pengurusan penyelidikan.
·         Dalam waktu yang sama, syariat menjadi keutamaan bagi seluruh perancangan, program, aktiviti dan hasil kajian menepati kehendak syariat.





4.0 Kesukaran Menjadi Sebab Kepada Kemudahan Dan Keringanan

4.1 Musyaqqah (kesukaran)
Tujuan :

1) Kesukaran yang mendatangkan kesenangan dan keringanan adalah terkeluar daripada garis kesukaran biasa seperti tugas-tugas itu amat berat dlaksanakan, serta membawa kepada kemudaratan kepada diri atau harta benda serta diberi rukhsah sebagai pengecualian daripada melakukan sesuatu kewajiban. Diharuskan rukhsah

2) Kesusahan yang membawa kemudaratan.

Sebagai contoh:
• Dibenarkan tidak berpuasa bagi orang yang sakit tapi wajib mengqadakan Diharamkan rukhsah

3) Kesusahan yang tidak membawa kepada kemudaratan.

Sebagai contoh:
• Tidak berpuasa pada hari tersebut disebabkan keadaan cuaca yang sangat panas.


5.0 Kesukaran Menyebabkan Berlakunya Kemudahan Dan Keringanan

1) Kekurangan
Kekurangan yang dimaksudkan adalah merujuk kepada kegilaan hingga siuman, kanak-kanak sehingga umur baligh dan orang yang tidur sehingga ia sedar

2) Jahil
Kejahilan dimaksudkan merujuk kepada hilangnya kewarasan biasa sebagai seorang manusia atau kejahilan juga bermaksud suatu keaadaan tidak tahu perkara sebenar

3) Sakit
Kesakitan memberi makna diberikan kemudahanuntuk memilih kaedah lain untuk melunaskan kewajipan. Contohnya seseorang dibenarkan untuk bertayammum kerana sakit yang boleh memudaratkan dirinya andai ia berwuduk

4) Musafir
Seseorang dibenarkan bermusafir jika dengan tujuan yang baik untuk menyempurnakan kewajipan tertentu. Contohnya seseorang dibenarkan untuk melakukan solat qasar dan jamak bagi menggantikan solat fardhu yang penuh

5) Kelupaan atau terlupa
Seseorang yang terlupa melaksanakan sesuatu ibadat dianggap tidak menanggung apa-apa tanggungjawab. Contohnya tidak dianggap berdosa bagi seseorang yang makan pada siang hari bila ia terlupa

6) Paksaan
Paksaan yang diterima bagi melayakkan seseorang gugur memikul tanggungjawab dalam agama adalah untuk menyelamatkan agama, nyawa dan lain-lain maksud syariat

7) Umummul Balwa
Perkara yang telah diterima dan dimaafkan bila berlakunya perkara tersebut. Contohnya percikkan tanah merah yang mengenai pakaian


6.0 KONSEP RUKHSAH

1) Pengguguran
Digugurkan atas sebab tertentu yang boleh dianggap kesukaran. Contohnya dibenarkan meninggalkan puasa ramadan disebablan kesakitan yang berat.

2) Pengurangan
Pengurangan dalam melaksanakan ibadat boleh berlaku apabila kesukaran boleh mengganggu tujuan sesuatu perkara. Contonya dibenarkan mengurangkan solat fardhu 4 rakaan kepada 2 rakaat.

3) Pendahuluan
Seseorang dibenarkan untuk mendahulukan sesuatu perkara pada masa hadapan atas sebab kesukaran yang tertentu. Contohnya solat asar dalam waktu zuhur atas sebab musafir.

4) Penggantian
Kesukaran bagi melakukan sesuatu ibadat atau kerja boleh diganti dengan sesuatu yang lain. Contohnya bertayammum untuk mengantikan wuduk.

5) Penangguhan atau melewatkan
Pengangguhan boleh dibuat dalam melaksanakan ibadat apabila ia diperlukan untuk mengelakkan kesukaran. Contohnya melaksanakan solat zuhur dalam waktu asar atas sebab bermusafir.

7.0 DALIL MENGENAI KESUKARAN MENJADI SEBAB KEPADA KEMUDAHAN DAN KERINGANAN


Antara sandaran daripada al-Quran sebagaimana firmanNya:

وَإِذْ يَرْفَعُ إِبْرَاهِيمُ الْقَوَاعِدَ مِنَ الْبَيْتِ وَإِسْمَاعِيلُ

Maksudnya: Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama dengan anaknya
Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu.

HURAIAN DALIL DARIPADA AL- QURAN
mengenai kaedah fiqh kesukaran menjadi sebab kepada keringanan.

Nabi Ibrahim Al-Khalil a.s telah pergi ke Mekah untuk menunaikan perintah Allah s.w.t supaya membina Baitullah (Kaabah).

Beliau berkata kepada anaknya Ismail a.s: Sesungguhnya Allah telah memerintahkan aku
dengan satu perkara, lalu Nabi Ismail a.s berkata: Lakukanlah apa yang telah
diperintahkan Allah kepada kamu. Nabi Ibrahim a.s bertanya: Adakah kamu akan menolongku? Nabi Ismail a.s menjawab:
Aku akan menolongmu, lalu beliau berkata:Sesungguhnya Allah memerintahkan aku supaya membina sebuah rumah (Kaabah) di sana, sambil mengisyaratkan ke arah timbunan tanah yang lebih tinggi dari kawasan sekitarnya.
Mereka berdua mendirikan tapak asas Baitullah di kawasan tersebut, dimana Nabi Ismail a.s mengangkut ketulan-ketulan batu manakala Nabi Ibrahim a.s membinanya.
Apabila binaan tersebut telah tinggi, Nabi Ismail a.s membawa sebuah batu dan meletakkannya di samping Nabi Ibrahim a.s. Beliau berdiri di atas batu tersebut semasa meneruskan pembinaan manakala Nabi Ismail a.s menghulurkan ketulan batu
 
BERDASARKAN DALIL AL-SUNNAH

Rasulullah bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah tidak membangkitkan aku menyusahkan dan membawa kesusahan, tetapi mengutusku sebagai pembimbing
yang mempermudahkan." (Riwayat Aisyah r.ha.)




HURAIAN DALIL BERDASARKAN AL-SUNNAH DI ATAS

Hadis tersebut menjelaskan ketinggian agama Islam, perundangannya yang mudah dan Allah S.W.T telah menghilangkan kesusahan daripada umat ini. Hadis menunjukkan kebimbangan Rasulullah S.A.W jika berlaku kersukaran ke atas umatnya.


8.0 CONTOH CARA SOLAT KETIKA SAKIT






9. KESIMPULAN



            Kesimpulannya, sudah terang lagi bersuluh. Segala ciptaan yang dihasilkan haruslah mengikut prinsip etika Islam. Ciptaan yang dihasilkan perlu disemak semula supaya ciptaan tersebut memberi manfaat kepada masyarakat, melakukan eksperimen tanpa ada niat jahat, menggunakan sains untuk peningkatan kualiti, menjadi keperluan untuk mempertahankan dan memelihara agama, bangsa dan negara dan menghubungkan semua kegiatan dengan alam metafizika. Oleh itu , setiap ciptaan perlu dititik beratkan supaya setiap ciptaan dapat memberi manfaat kepada masyarakat, bangsa dan negara.

                               10.0 RUJUKAN

-Buku sains, teknologi dan kejuruteraan islam
-Asmadi Mohamed Naim, 2003.
-Maqasid Syariah dan Pemikiran Pengurusan Islam(Maqasid Syariah and Islamic Management Thinking).
-Laman web: http://fikrah.interaktif.tripod.com/Agama/maqasid.htm

                              11.0 LAMPIRAN