KOD SUBJEK : DUA 2012 SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM.
TAJUK
: APLIKASI PRINSIP SYARIAH DALAM KEHIDUPAN UMAT ISLAM
NAMA PENSYARAH :
PUAN RINA FAKHIZAN BINTI MOHD SUKRI
AHLI KUMPULAN :
-MUHAMMAD AFIF IRFAN BIN MD SHAHRI
-MUHAMMA AMIR ZIKRI BIN MUHAMMAD HANAFIAH
-ABDUL WAFI BIN HILMIN
-MUHAMMAD SYAFIQ BAHARI BIN MD ZAIN
-SYED HAZIQ BIN SYED MUHAMMAD
SESI : DISEMBER 2016
ISI KANDUNGAN
BILANGAN
|
PERKARA
|
MUKA SURAT
|
1.0
|
PENGHARGAAN
|
1
|
2.0
|
PENDAHULUAN
|
2
|
3.0
|
PENGENALAN SYARIAH DALAM KEHIDUPAN UMAT ISLAM
|
3
|
3.1
|
MEMELIHARA AGAMA
|
4
|
3.2
|
MEMELIHARA MARUAH
|
5
|
3.3
|
MEMELIHARA NYAWA
|
6
|
3.4
|
MEMELIHARA AKAL
|
7
|
3.5
|
MEMELIHARA KETURUNAN
|
8
|
3.6
|
MEMELIHARA HARTA
|
9
|
3.7
|
UTAMAKAN YANG UTAMA
|
10
|
3.8
|
MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA
|
11
|
3.9
|
PELAKSANAAN KAJIAN MENEPATI SYARAT
|
12
|
3.10
|
MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBAT
|
13
|
3.11
|
AKIDAH DIUTAMAKAN SYARIAT DIUTAMAKAN
|
14
|
4.0
|
Kesukaran Menjadi Sebab Kepada Kemudahan Dan
Keringanan
|
15
|
5.0
|
Kesukaran Menyebabkan Berlakunya Kemudahan
Dan Keringanan
|
16
|
6.0
|
KONSEP RUKHSAH
|
17
|
7.0
|
DALIL MENGENAI KESUKARAN MENJADI SEBAB KEPADA
KEMUDAHAN DAN KERINGANAN
|
18
|
8.0
|
CONTOH CARA SOLAT KETIKA SAKIT
|
19
|
9.0
|
KESIMPULAN
|
20
|
10.0
|
RUJUKAN
|
21
|
11.0
|
LAMPIRAN
|
22
|
1.
PENGHARGAAN
Assalamualaikum W.B.T.
Pertama sekali kami memanjatkan kesyukuran terhadap Ilahi kerana dengan limpah
kurnia-Nya kami dapat menyiapkan tugas kami dengan jayanya.
Sepanjang proses pencarian maklumat , pelbagai cabaran dan dugaan kami tempuhi.
Bukan itu saja, malah pelbagai dugaan lain seperti ketiadaan sumber internet
dan kesukaran untuk mendapatkan maklumat menjadi punca kesukaran untuk
menyiapkan laporan kami.
Kami terdiri daripada empat orang ahli yang berusaha mencari maklumat untuk
laporan berkaitan dengan tajuk kami iaitu Aplikasi Prinsip Syariah Dalam
Kehidupan Umat Islam. Ketua kumpulan kami ialah Muhammad Amir Zikri Bin
Muhammad Hanafiah , diikuti oleh Abdul Wafi Bin Hilmin , Muhamad Syafiq Bahari Bin Md Zain , Muhammad
Afif Irfan Bin Md Shahri serta Syed
Haziq Bin Syed Muhammad . Kami sekumpulan berjaya mencari dan mengkaji tentang
maklumat berkaitan dengan tajuk kami.
Di samping itu, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah
kami iaitu Puan Rina Fakhizan Binti Mohd Sukri kerana banyak memberi tunjuk
ajar, panduan dan dorongan kepada kami dalam menyiapkan laporan kami iaitu
tentang Aplikasi Prinsip Syariah Dalam
Kehidupan Umat Islam . Kami juga berterima kasih kepada rakan sekumpulan kami
kerana bekerjasama dalam menyiapkan kajian ini.
Kesimpulannya, kami berharap agar kajian ini dapat memberikan manfaat serta
pengajaran yang berguna kepada pelajar lain. segala kesilapan atau kekasaran
yang terdapat sepanjang pengajian ini diharap dapat dimaafkan. Sesungguhnya
yang baik dari Allah, yang buruk dari kesilapan dan kelemahan diri kami
sendiri.
2.
PENDAHULUAN
Pertama sekali kami
ingin memanjatkan kesyukuran terhadap Ilahi kerana dengan kurnia-NYA kami
dapat menyiapkan e-folio kami pada jangka masa yang ditetapkan.
Tajuk yang telah kami pilih ialah, Aplikasi Prinsip Syariah Dalam Kehidupan
Umat Islam . Terdapat beberapa isi yang ingin kami kupaskan antaranya ialah
tentang prinsip etika Islam , peranan prinsip etika Islam, amalan yang baik
etika Islam dan pelaksanaan prinsip etika Islam dalam sains teknologi dan
kejuruteraan. Terdapat beberapa hadis dan keratan ayat Al-Quran yang menarik
perhatian kami untuk dijadikan sumber utama dalam menyiapkan laporan kami.
Prinsip etika Islam terbahagi kepada tiga iaitu aqidah, syariah dan akhlak.
Tiga prinsip itu mempunyai maksud dan nilai yang tersendiri. Di sini anda akan
mengetahui maksud tiga prinsip yang di nyatakan di atas.
Seterusnya ialah peranan prinsip etika Islam. Antara peranan prinsip etika
ialah sebagai suatu rujukan kepada saintis, membatas dan memantau
perkara-perkara yang boleh dilakukan oleh saintis, menjaga kepentingan umum dan
menentukan dasar dalam aktiviti sains. Peranan prinsip etika Islam ini perlu
dititik beratkan supaya tidak menjadi penyebab akan kerosakan akhlak masyarakat
di negara kita ini.
Bukan itu saja, kami juga cuba mengupas tentang amalan baik etika Islam. Antara
amalan yang baik ialah yakin kepada Allah, Ikhlas, Ihsan, Itqan atau tekun dan
sebagainya. Amalan baik etika Islam ini harus dipupuk ke dalam jiwa para
masyarakat agar dapat memajukan individu, masyarakat dan negara.
Akhir sekali ialah perlaksanaan prinsip etika Islam dalam sains teknologi dan
kejuruteraan. Terdapat beberapa pelaksanaan prinsip etika Islam antaranya ialah
menghasilkan penemuan sains yang bermanfaat, menggunakan sains untuk
peningkatan kualiti, melakukan eksperimen tanpa niat jahat dan menjadi
keperluan untuk mempertahankan agama, bangsa dan negara.
3.0 PENGENALAN SYARIAH DALAM KEHIDUPAN UMAT ISLAM
Ø Syariah
adalah berasal dari perkataan syarak yang memberi maksud jalan ke arah sumber
air atau memberi makna jalan yang kurus [al-Jathiyah : 18]
Ø Syariah
dari aspek istilah adalah merujuk kepada segala okum yang disyariatkan oleh
Allah SWT kepada umat manusia melalui Rasulullah SAW.
Ø Dipanggil
sumber air kerana syariat diperlukan sebagai sumber kehidupan manusia. Air
diperlukan untuk terus hidup begitu juga syariat sangat diperlukan untuk
menjadi nadi dalam hidup manusia. Manusia akan mati tanpa air, manusia akan
sesat tanpa syariat. Kewujudan syariat bukan menyusahkan tetapi dipatuhi bagi
kesempurnaan hidup di dunia dan akhirat.
BIL
|
PRINSIP SYARIAH
|
HURAIAN
|
|
1
|
Rabbaniah
[Ketuhanan]
|
|
|
2
|
Wasatiah
[Kesederhanaan]
|
·
Kesederhanaan dalam syariat adalah memberi makna segala okum
hakamnya adalah bersifat sederhana. Tidak ekstrem kepada yang berlebihan atau
berkurangan.
·
Boleh berlaku perubahan dan penyesuaian tertentu pada
pelaksanaan okum mengikut keperluan yang tertentu. Contohnya solat fardu
hendaklah hendaklah dilakukan secara berdiri. Diberikan kelonggaran untuk
duduk bagi yang sakit.
·
Wasatiah juga memberi makna pertengahan antara dua perkara.
Mengambil tindakan antara dua kecenderungan. Contohnya antara kaya dan
miskin. Maka mengambil pendirian sederhana dalam mencari harta lebih
diutamakan. 3 Tawazun [Keseimbangan]
|
|
3
|
Tawazun
[Keseimbangan]
|
·
Keseimbangan
dalam syariat bermaksud segala kandungannya adalah mengimbangi antara
keperluan manusia di dunia dan akhirat.
·
Contohnya
manusia diminta untuk mencari rezeki bagi menyara hidup diri dan keluarga.
Dalam waktu yang sama rezeki tersebut hendaklah dicari secara yang halal,
baik dan dilaksanakan secara paling terbaik. Impaknya dia akhir bulan gaji
diperolehi, pahala diganjari dan pengurusan kerja dihargai.
·
Keseimbangan
ini menuntut saintis, teknokrat dan jurutera mengimbangi keperluan manusia di
dunia bagi menjadi bekalan di akhirat nanti.
|
|
4
|
Mizan
[Kesetaraan]
|
·
Kesetaraan
dalam syariat terlihat dalam okum hakam yang memberikan nilai yang selayaknya
bagi sesuatu perkara.
·
Kesetaraan
dalam syariat menuntut agar segala tindakan yang dilaksanakan hendaklah
meraikan keperluan dunia dan akhirat.
·
Kesetaraan
dalam syariat menuntut agar setiap perkara yang dilaksanakan perlu ditimbang
agar okum-hakam tidak menjadi korban atas nama penyelidikan dan pembangunan.
·
Setiap
perkara yang dilakukan hendaklah mengambilkira item-item yang digunakan benar
menurut sukatan atau had yang ditentukan oleh syariat.
|
|
5
|
Tetap & Anjal
[Mutlak
& Murunah]
|
·
Tetap
dan anjal menurut syariat terlihat dalam aspek hukum hakamnya tetap untuk semua zaman dan
umat.
·
Tiada
berlaku sebarang perubahan okum seperti pengharaman arak. Namun begitu,
pengharamannya boleh dikecualikan atau digugurkan seandainya ada keperluan
yang syar’I untuk menggunakannya. Contohnya arak terpaksa digunakan untuk
tujuan perubatan. Kelonggaran ini boleh berlaku seandainya tiada pilihan lain
bagi mengubati penyakit yang merbahaya.
·
Kemutlakan
dalam okum diperlukan bagi memelihara kesucian prinsip syariat dan keanjalan
wajar dilakukan bagi meraikan sifat kehidupan manusia yang sentiasa berubah
dan dinamik.
|
3.1
MEMELIHARA AGAMA
·
Peranan utama
syariat Islam adalah untuk memelihara nilai agama serta pelaksanaannya.
·
Sebarang elemen
yang boleh menggugat kesucian agama akan dicegah sebelum berlaku.
·
Andaikata sudah
berlaku, maka hukuman yang sewajarnya bagi tujuan siksaan dan didikan akan
dilaksanakan.
·
Pensyariatan
hukuman dan perundangan dalam syariat Islam akan mengambilkira kesannya kepada
kemuliaan dan kesucian agama.
·
Syariat Islam
menetapkan sebarang kajian, ciptaan dan hasil sains teknologi dan kejuruteraan
hendaklah memberikan kebaikan kepada memelihara agama.
·
Pembinaan bangunan
yang dilengkapi dengan kecanggihan peralatannya menjadikan manusia insaf
tentang keagungan Allah swt dan digunakan untuk kebaikan manusia sejagat.
·
Untuk
menyelamatkan agama, maka hukum keluar daripada Islam adalah termasuk jenayah
hudud.
3.2
MEMELIHARA MARUAH
·
Syariat Islam
menetapkan pemeliharaan maruah atau harga diri merupakan perkara penting dalam
kehidupan manusia.
·
Segala kajian yang
melibatkan sains teknologi dan kejuruteraan hendaklah mengambilkira kepentingan
maruah umat.
·
Tindakan yang
membelakangkan maruah boleh mengundang kerosakan dan kemusnahan yang besar.
·
Atas nama
pembangunan atau pemodenan atau penyelidikan bukan menjadi hukum untuk merobek
maruah manusia atau maruah agama.
·
Kerosakan dan
kefasadan yang melanda adalah antaranya berpunca daripada kealpaan para
saintis, teknokrat dan jurutera terhadap nilai maruah manusia
·
Lantaran itu, okum-hakam
dalam syariat Islam memandang serius terhadap tindakan yang boleh merosakkan
dan menghancurkan maruah seseorang
3.3 MEMELIHARA NYAWA
·
Nyawa merupakan
ciptaan unik kepada kejadian manusia menjadi keutamaan untuk dipelihara
melaksanakan tanggungjawab khalifah.
·
Nyawa tidak boleh
diambil kecuali atas sebab yang dibenarkan oleh syarak. Sebagai contoh hukum
bunuh boleh dikenakan ke atas pembunuh di bawah kes qisas.[Al-An’am : 151]
·
Syariat Islam
mengharuskan segala benda yang boleh menyelamatkan nyawa. Dalam waktu yang sama
mengharamkan segala sesuatu yang boleh merosakkan nyawa manusia.
·
Pensyariatan hukum
dalam Islam mengambilkira keselamatan nyawa manusia dengan mengkanunkan hukum-hukum
pencegahan.
·
Islam mengharamkan
bahan-bahan yang boleh merosakkan dan membunuh nyawa manusia. Contohnya segala
bahan kimia yang boleh membunuh atau merosakkan diri manusia.
·
Dalam waktu yang
sama, Islam menggalakkan manusia mengambil sesuatu yang boleh memberikan
kesihatan dan kekuatan kepada nyawa manusia. Contohnya dengan mengambil makanan
yang halal dan berkhasiat nyawa manusia akan sihat. Begitu juga makanan yang
bersifat abstrak seperti zikrullah
akan menyihatkan nyawa manusia..
3.4 MEMELIHARA
AKAL
·
Akal merupakan
anugerah utama bagi komponen tubuh badan manusia. Kemampuannya tiada tolak
tandingannya. Kekuatan akal mampu berfikir secara maksima menyamai kemampuan
ribuan hukum riba yang diletakkan memenuhi padang bola sepak.
·
Akal yang sihat
dijamin oleh syariat melalui penjagaan makanan, minuman dan riadah minda.
·
Islam melarang
segala perbuatan yang boleh menyebabkan berlakunya kerosakan pada akal seperti
mengambil minuman yang memabukkan, pil-pil yang mengkhayalkan dan bahan bacaan
yang merosakkan ketajaman minda.
·
Akal yang cerdas
berada pada tubuh yang cergas menuntut penjagaan pada tubuh badan bagi
memelihara kecerdasan minda.
·
Segala aktiviti
dan tindakan yang boleh mengancam keaslian, kemampuan dan keselamatan akal
adalah haram di sisi syariat Islam.
·
Saintis, teknokrat
dan jurutera hendaklah menghasilkan kajian dan ciptaan yang menggunakan
ketajaman minda. Dalam waktu yang sama kesan langsung hendaklah juga memelihara
kecerdasan akal. Bukan satu kecemerlangan dalam ilmu apabila ciptaan yang
dihasilkan baik dalam pelaksanaan, namun memberikan kesan buruk pada akal
manusia.
3.5 MEMELIHARA
KETURUNAN
·
Syariat Islam
dengan tegas memutuskan untuk mengharamkan apa jua bentuk tindakan yang boleh
merosakkan keturunan samada secara langsung atau tidak, seperti :
·
Zina atau tuduhan
melakukan zina
·
Liwat
·
Musahaqah –
Lesbian
·
Istimna’ – Onani
·
Bercakap atau
menunjukkan aksi lucah
·
Berdua-duan lelaki
dan wanita
·
Pergaulan bebas
antara lelaki dan wanita
·
Melihat atau
menonton atau menayangkan atau melakonkan atau mengarahkan benda yang haram
seperti aurat wanita, gambar atau filem lucah
·
Bersentuhan atau
bersalaman antara lelaki dan wanita yang bukan mahram
·
Mendedahkan aurat
·
Hukuman bagi
setiap kesalahan berikut adalah termasuk dalam kes-kes hudud atau ta’zir
·
Justeru itu, Islam
mensyariatkan pernikahan atau perkahwinan bagi memelihara keturunan manusia
3.6 MEMELIHARA
HARTA
·
Syariat Islam
dengan tegas mengharamkan segala bentuk perbuatan yang boleh memudaratkan harta
seseorang atau kumpulan seperti merompak, mencuri, menyorok, membazir dan
menspekulasi pasaran modal.
·
Islam menetapkan
kewajipan mengeluarkan zakat bagi setiap muslim yang telah mencapai kelayakan.
Harta yang dikumpul mepunyai hak untuk terus mendapat keberkatannya.
·
Pencarian harta
hendaklah melalui proses yang jelas halalnya. Matlamat menjadi kaya bukan
menjadi sebab untuk menghalalkan segala tindakan itu.
·
Hukuman hudud
seperti potong tangan bagi yang mencuri dan ta’zir menunjukkan syariat Islam
memandang serius jenayah ini.
·
Bagi mereka yang
sanggup mempertahankan harta sehingga membawa kepada kematian dianggap mati
syahid akhirat.
3.7 UTAMAKAN
YANG UTAMA
·
Islam
menjadikan Awlawiyat atau keutamaan dalam melaksanakan sesuatu perkara.
·
Mengelakkan
kemudaratan demi mencari kemaslahatan adalah sangat diutamakan.
·
Mendahulukan
yang wajib lebih diutamakan daripada yang sunat.
·
Mengutamakan
kepentingan ramai adalah wajar didahulukan daripada kepentingan individu.
·
Sebarang
kegiatan sains teknologi dan kejuruteraan hendaklah memberikan keutamaan kepada
memelihara peranan syariah.
·
Para
saintis, teknokrat dan jurutera seharusnya meletakkan keutamaan memakmurkan
alam daripada mencari keuntungan dan kemahsyuran
·
Pelaksanaan
sesuatu perkara hendaklah merujuk kepada mengutamakan agama, nyawa, akal,
keturunan, maruah dan harta.
3.8
MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA
·
Islam
mengakui keperluan untuk membuat kajian tentang alam. Manusia dibenarkan untuk
menerokai daratan, lautan dan ruang udara untuk tujuan pengimarahan alam.
·
Ciptaan
dan penemuan inovasi yang melibatkan teknologi dan kejuruteraan adalah bukti
kehebatan akal manusia untuk keperluan dan kemaslahatan hidup manusia.
·
Namun
begitu, syariat menegaskan setiap operasi untuk menghasilkan ciptaan dan rekaan
hendaklah menghormati peraturan dan etika Islam.
·
Tiada
istilah untuk mencapai matlamat keperluan manusia, sebarang kaedah boleh
digunapakai dan menghalalkan proses yang bercanggah dengan syariat.
·
Dunia
hari ini memaparkan kerakusan manusia untuk maju dan moden hingga bergelar
kuasa besar dunia melalui proses mengorbankan alam. Sebagai contoh ujian
huklear di lautan telah mengakibatkan berlakunya kerosakan pada lapisan perut
bumi yang menjadi punca berlakunya tsunami.
3.9 PELAKSANAAN KAJIAN MENEPATI SYARAT
·
Pelaksanaan
syariat dalam sains teknologi dan kejuruteraan mengutamakan nilai keagamaan
yang lebih kepada etika dalam membangunkan alam.
·
Peraturan
dan hukum yang melibatkan halal, haram, sunat, harus dan makruh serta syubahat
hendaklah menjadi asas rujukan dalam pelaksanaan setiap proses kerja.
·
Sebarang
ciptaan, penemuan, kajian dan penyelidikan sewajarnya mengambilkira kepentingan
prinsip dan etika syariat Islam.
·
Kegagalan
mematuhi prosedur ini akan menyumbang kepada ketidakstabilan dan kepincangan
pengurusan alam.
·
Andai
berlaku pertembungan antara kepentingan keperluan manusia dan pemeliharaan
alam, maka syariat menetapkan untuk memilih kemudaratan yang minima.
3.10
MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBAT
·
Syariat
Islam menetapkan prinsip mencegah adalah menjadi keutamaan dalam pelaksanaan
kerja manusia.
·
Prinsip
pencegahan yang diminta oleh syariat Islam adalah untuk menolak dan mengelakkan
berlakunya kerosakan. Contohnya Islam mengharamkan perbuatan mendekati zina.
Maksud mendekati itu adalah termasuk berdua-duaan atau sesuatu tindakan yang
boleh membawa zina. Larangan perbuatan yang boleh membawa kepada zina adalah
dianggap langkah pencegahan bagi mengelakkan zina dan lahirnya anak luar nikah.
·
Kajian
sains dan rekaan teknologi serta kejuruteraan hendaklah mengambil langkah
pencegahan dalam segenap aspek dari mula hingga akhir. Akibat yang besar akan
menimpa umat manusia apabila langkah-langkah pencegahan tidak diambil kisah.
·
Prinsip
mencegah sewajarnya menjadi agenda utama para saintis, teknokrat dan jurutera
melaksanakan tugasan mereka. Pengabaian prinsip ini akan menempah suatu
pengurusan kos yang lebih besar serta pengorbanan masa yang bukan kepalang.
Justeru itu, fikirkan aspek pencegahan sebelum bertindak.
3.11 AKIDAH
DIUTAMAKAN SYARIAT DIUTAMAKAN
·
Aqidah
yang merupakan tunjang bagi terbangunnya insan terbaik di sisi Allah SWT tidak
boleh dipandang rendah dalam apa jua pelaksanaan hidup manusia.
·
Syariat
adalah peraturan Allah SWT untuk dijadikan panduan hidup bagi mengundang rahmat
dan berkat.
·
Integrasi
pelaksaanaan aqidah dan syariat akan membuahkan keadaan yang harmoni bagi
pembangunan modal insan dan pembangunan material sesebuah negara.
·
Pelaksanaan
aktiviti sains teknologi dan kejuruteraan haruslah mendahulukan keperluan
aqidah sebagai teras pengurusan penyelidikan.
·
Dalam
waktu yang sama, syariat menjadi keutamaan bagi seluruh perancangan, program,
aktiviti dan hasil kajian menepati kehendak syariat.
4.0 Kesukaran
Menjadi Sebab Kepada Kemudahan Dan Keringanan
4.1 Musyaqqah
(kesukaran)
Tujuan
:
1)
Kesukaran yang mendatangkan kesenangan dan keringanan adalah terkeluar daripada
garis kesukaran biasa seperti tugas-tugas itu amat berat dlaksanakan, serta
membawa kepada kemudaratan kepada diri atau harta benda serta diberi rukhsah
sebagai pengecualian daripada melakukan sesuatu kewajiban. Diharuskan rukhsah
2)
Kesusahan yang membawa kemudaratan.
Sebagai
contoh:
•
Dibenarkan tidak berpuasa bagi orang yang sakit tapi wajib mengqadakan Diharamkan
rukhsah
3)
Kesusahan yang tidak membawa kepada kemudaratan.
Sebagai
contoh:
•
Tidak berpuasa pada hari tersebut disebabkan keadaan cuaca yang sangat panas.
5.0 Kesukaran
Menyebabkan Berlakunya Kemudahan Dan Keringanan
1)
Kekurangan
Kekurangan
yang dimaksudkan adalah merujuk kepada kegilaan hingga siuman, kanak-kanak
sehingga umur baligh dan orang yang tidur sehingga ia sedar
2)
Jahil
Kejahilan
dimaksudkan merujuk kepada hilangnya kewarasan biasa sebagai seorang manusia
atau kejahilan juga bermaksud suatu keaadaan tidak tahu perkara sebenar
3)
Sakit
Kesakitan
memberi makna diberikan kemudahanuntuk memilih kaedah lain untuk melunaskan
kewajipan. Contohnya seseorang dibenarkan untuk bertayammum kerana sakit yang
boleh memudaratkan dirinya andai ia berwuduk
4)
Musafir
Seseorang
dibenarkan bermusafir jika dengan tujuan yang baik untuk menyempurnakan
kewajipan tertentu. Contohnya seseorang dibenarkan untuk melakukan solat qasar
dan jamak bagi menggantikan solat fardhu yang penuh
5)
Kelupaan atau terlupa
Seseorang
yang terlupa melaksanakan sesuatu ibadat dianggap tidak menanggung apa-apa
tanggungjawab. Contohnya tidak dianggap berdosa bagi seseorang yang makan pada
siang hari bila ia terlupa
6)
Paksaan
Paksaan
yang diterima bagi melayakkan seseorang gugur memikul tanggungjawab dalam agama
adalah untuk menyelamatkan agama, nyawa dan lain-lain maksud syariat
7)
Umummul Balwa
Perkara
yang telah diterima dan dimaafkan bila berlakunya perkara tersebut. Contohnya
percikkan tanah merah yang mengenai pakaian
6.0 KONSEP
RUKHSAH
1)
Pengguguran
Digugurkan
atas sebab tertentu yang boleh dianggap kesukaran. Contohnya dibenarkan
meninggalkan puasa ramadan disebablan kesakitan yang berat.
2)
Pengurangan
Pengurangan
dalam melaksanakan ibadat boleh berlaku apabila kesukaran boleh mengganggu
tujuan sesuatu perkara. Contonya dibenarkan mengurangkan solat fardhu 4 rakaan
kepada 2 rakaat.
3)
Pendahuluan
Seseorang
dibenarkan untuk mendahulukan sesuatu perkara pada masa hadapan atas sebab
kesukaran yang tertentu. Contohnya solat asar dalam waktu zuhur atas sebab
musafir.
4)
Penggantian
Kesukaran
bagi melakukan sesuatu ibadat atau kerja boleh diganti dengan sesuatu yang
lain. Contohnya bertayammum untuk mengantikan wuduk.
5)
Penangguhan atau melewatkan
Pengangguhan
boleh dibuat dalam melaksanakan ibadat apabila ia diperlukan untuk mengelakkan
kesukaran. Contohnya melaksanakan solat zuhur dalam waktu asar atas sebab
bermusafir.
7.0 DALIL
MENGENAI KESUKARAN MENJADI SEBAB KEPADA KEMUDAHAN DAN KERINGANAN
Antara
sandaran daripada al-Quran sebagaimana firmanNya:
وَإِذْ
يَرْفَعُ إِبْرَاهِيمُ الْقَوَاعِدَ مِنَ الْبَيْتِ وَإِسْمَاعِيلُ
Maksudnya:
Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama dengan anaknya
Nabi
Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu.
HURAIAN
DALIL DARIPADA AL- QURAN
mengenai
kaedah fiqh kesukaran menjadi sebab kepada keringanan.
Nabi
Ibrahim Al-Khalil a.s telah pergi ke Mekah untuk menunaikan perintah Allah
s.w.t supaya membina Baitullah (Kaabah).
Beliau
berkata kepada anaknya Ismail a.s: Sesungguhnya Allah telah memerintahkan aku
dengan
satu perkara, lalu Nabi Ismail a.s berkata: Lakukanlah apa yang telah
diperintahkan
Allah kepada kamu. Nabi Ibrahim a.s bertanya: Adakah kamu akan menolongku? Nabi
Ismail a.s menjawab:
Aku
akan menolongmu, lalu beliau berkata:Sesungguhnya Allah memerintahkan aku
supaya membina sebuah rumah (Kaabah) di sana, sambil mengisyaratkan ke arah
timbunan tanah yang lebih tinggi dari kawasan sekitarnya.
Mereka
berdua mendirikan tapak asas Baitullah di kawasan tersebut, dimana Nabi Ismail
a.s mengangkut ketulan-ketulan batu manakala Nabi Ibrahim a.s membinanya.
Apabila
binaan tersebut telah tinggi, Nabi Ismail a.s membawa sebuah batu dan
meletakkannya di samping Nabi Ibrahim a.s. Beliau berdiri di atas batu tersebut
semasa meneruskan pembinaan manakala Nabi Ismail a.s menghulurkan ketulan batu
BERDASARKAN
DALIL AL-SUNNAH
Rasulullah
bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah tidak membangkitkan aku
menyusahkan dan membawa kesusahan, tetapi mengutusku sebagai pembimbing
yang
mempermudahkan." (Riwayat Aisyah r.ha.)
HURAIAN
DALIL BERDASARKAN AL-SUNNAH DI ATAS
Hadis
tersebut menjelaskan ketinggian agama Islam, perundangannya yang mudah dan
Allah S.W.T telah menghilangkan kesusahan daripada umat ini. Hadis menunjukkan
kebimbangan Rasulullah S.A.W jika berlaku kersukaran ke atas umatnya.
8.0 CONTOH
CARA SOLAT KETIKA SAKIT
9. KESIMPULAN
Kesimpulannya,
sudah terang lagi bersuluh. Segala ciptaan yang dihasilkan haruslah mengikut
prinsip etika Islam. Ciptaan yang dihasilkan perlu disemak semula supaya
ciptaan tersebut memberi manfaat kepada masyarakat, melakukan eksperimen tanpa
ada niat jahat, menggunakan sains untuk peningkatan kualiti, menjadi keperluan
untuk mempertahankan dan memelihara agama, bangsa dan negara dan menghubungkan
semua kegiatan dengan alam metafizika. Oleh itu , setiap ciptaan perlu dititik
beratkan supaya setiap ciptaan dapat memberi manfaat kepada masyarakat, bangsa
dan negara.
10.0 RUJUKAN
-Buku sains, teknologi dan kejuruteraan islam
-Asmadi Mohamed Naim, 2003.
-Maqasid Syariah dan Pemikiran Pengurusan Islam(Maqasid
Syariah and Islamic Management Thinking).
-Laman web:
http://fikrah.interaktif.tripod.com/Agama/maqasid.htm
11.0 LAMPIRAN