DUA6012 KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
PUNCA-PUNCA HIBURAN MELAMPAU DAN CARA MENGATASINYA
NAMA PENSYARAH : HAYATI BINTI TALIB
NAMA
|
NO MATRIK
|
ABDUL WAFI BIN HILMIN
|
02DGU16F1022
|
SYAHIR AFIQ BIN SAHARUDDIN
|
02DGU16F1016
|
AMIR ZIKRI BIN MUHAMMAD HANAFIAH
|
02DGU16F1038
|
FITRI DANIAL BIN MUHAMAD
|
02DGU16F1004
|
MUHAMMAD FIRAS AIZAT BIN AZAHANUDDIN
|
02DGU16F1105
|
MUHAMMAD AFIF IRFAN BIN MD SHAHRI
|
02DGU16F1080
|
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.
Segala
puji bagi Allah S.W.T, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam,tuhan
yang maha pemurah, lagi maha pengasih. Tuhan yang menguasai hari pembalasan.
KepadaMu lah sahaja kami menyembah dan kepadaMu lah kami memohon pertolongan.
Tunjukkanlah kami ke jalan yang lurus, iaitu jalan orang-orang yang engkau beri
nikmat kepada mereka, bukan jalan orang-orang yang engkau murkai,dan bukan pula
jalan orang-orang yang sesat.
Bersyukur
kami dengan limpah kurnianya dapat juga kami menyiapkan tugasan berkumpulan
yang di amanahkan kepada kami. Tugasan yang diberikan oleh Puan Hayati binti Talib
iaitu pensyarah mata pelajaran komunikasi dan penyiaran islam.
PENGENALAN
Era globalisasi kini mampu
melahirkan remaja yang berakhlak dan bermoral bagi mencerminkan masa hadapan
Negara yang maju dan harmoni.Namun di zaman yang semakin maju dan canggih ini,
Kadangkala kita alpa tentang persekitaran sekeliling yang telah mengalami
banyak perubahan ke arah kemajuan seiring dengan kemajuan di negara-negara
maju, seperti di Malaysia, perubahan-perubahan yang besar ini telah memberi
banyak impak positif dari segi ekonomi, pembangunan, perindustrian, pelaburan,
perbankan, pertanian dan sebagainya.Tetapi bagaimana pula dengan tahap sosial
masyarakat negara terutama remaja di mana mereka inilah yang akan memacu
pembangunan negara pada masa akan datang.
Kebelakangan ini terlalu
banyak diperkatakan isu yang berkaitan dengan masalah sosial yang melibatkan
remaja. Perlakuan sosial yang negatif dalam bentuk devian sosial tidak
seharusnya merupakan satu petunjuk ke atas kelemahan masyarakat untuk
membudayakan pembangunan secara positif yang berteraskan prinsip dan
nilai-nilai murni kemanusiaan serta agama.
Justeru kita lihat,
keruntuhan akhlak dikalangan remaja sebagai tunggak masa hadapan Negara kini
semakin meningkat.Gelaja sosial semakin berleluasa, keselamatan benda awam
terjejas, kesejahteraan ummat juga tidak terkawal.Secara terperincinya,
pelbagai faktor yang menyebabkan kekurangan moral dan keruntuhan akhlak
dikalangan remaja, salah satunya adalah disebabkan “hiburan yang melampau”.Hal
ini boleh digambarkan dengan pelbagai adegan yang berlaku pada masyarakat kita
hari ini.
ISI DAN KESAN
Hedonisme ialah pegangan
atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup.Sedar
atau pun tidak, secara sengaja atau pun kebetulan, budaya hedonisme initelah
mula menular masuk sekian lama dalam kehidupan masyarakat Islam diMalaysia
terutamanya dikalangan muda mudi.
Golongan hedonisme mengambil
kira bagaimana tindakannya boleh memberi kesan terhadap keseronokkan dan
kegembiraan dalam kehidupan sama ada pada masa kini atau akan datang. Oleh itu,
tugas mereka yang utama adalah meningkatkan kadar pengalaman yang menyeronokkan
dan mengurangkan kadar ketidakselesaan seperti kesakitan, kesedihan dan
kekecewaan.
Salah satu faktor penting yang
menyumbang kepada berlakunya fenomena ini ialah realiti media massa samaada
media cetak atau media elektronik yang memberikan peruntukan yang sangatbanyak
kepada aspek hiburan,.Selain itu, hedonisme terhasil akibat daripada
keruntuhan dan kurangnya keperihatinan dalam institusi kekeluargaan dan
kejiranan. Ia bukan sahaja boleh terjadi dalam keluarga yang berantakan, tetapi
juga dalam keluarga yang berjaya.
Anak-anak muda merasakan tiada
sokongan dan pemahaman dari keluarga terhadap jiwa dan trend dunia mereka. Jiwa
‘rebel’ mereka memilih cara hidup hedonisme sebagai sub budaya untuk mengisi
kekosongan jiwa melalui pengaruh dan tekanan rakan sebaya (peer pressure) tanpa
mereka sendiri sedari. Akhirnya ada yang sanggup menipu ibu bapa dengan meminta
izin untuk tidur di rumah kawan, sebaliknya pergi berhibur di tempat-tempat
lain…
KESAN-KESAN
Dalam kajian kami
mencari kesan tiada ksan baik yang kami temui
antara kesan yang kurang baik ialah :
antara kesan yang kurang baik ialah :
1. Sikap pentingkan
kemewahan.
2. Peningkatan kes jenayah.
3. Keruntuhan akhlak dalam golongan remaja.
Remaja
perempuan yang dikecam memeluk artis luar negara
4. Terapan nilai nilai negatif.
5. Menggagalkan usaha remaja menjadi
golongan yang manusia yang sempurna dari segi intelek, rohani, jasmani
dan emosi
6. Maruah keluarga tergadai
7. Menyebabkan generasi muda lupa akan
matlamat hidup yang sebenar.
8.Menggagalkan usaha kerajaan untuk
melahirkan masyarakat yang berwawasan dan berilmu pengetahuan.
9. Golongan remaja dan belia semakin
jauh dari
pada nilai-nilaikeagamaan.
10. Meningkatkan gejala sosial dalam
kalangan remaja dan belia
CARA
MENGATASI
1. Remaja perlu mendekatkan diri
dengan didikan agama. Disamping menerapkan nilai-nilai murni dalam diri dengan
bergaul bersama yang berpengetahuan dan orang yang arif tentang agama.
2. Ibu bapa perlu memainkan peranan
yang penting dalam memberikan perhatian, pendidikan yang serius dan juga
mencurahkan kasih sayang yang cukup terhadap anak-anak mereka.Bak kata pepatah
melayu, “Melentur buluh biarlah dari rebungnya”.
3. Ibu bapa hendaklah sentiasa
mengetahui dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak mereka serta
sanggup meluangkan masa untuk mengatasai masalah tersebut.Selain itu
menghabiskan sebahagian daripada masa seharian bersama anak-anak dengan
memberikan keyakinan, keberanian, mewujudkan sikap positif terhadap masalah,
emosi dan keputusan dalam diri mereka.
4. Mereka juga perlu tingkatkan penghayatan
anak-anak terhadap agama, nilai-nilai murni, motivasi, melatih anak cara
bersopan, prinsip-prinsip akauntabiliti, tepati janji, berketerampilan,
menunjukkan keperibadian yang mulia, amanah, sanggup menerima kelemahan diri serta
meneroka potensi anak. Ibu bapa hendaklah menjadi role model kepada anak.
5. Berkawan dengan kawan yang dapat
membantu dalam pelajaran, mengajak kepada kebaikan dan positif.
6. Berjumpa dengan guru atau orang yang
dipercayai untuk mendapatkan nasihat dan pandangan yang baik.
7. Peranan media massa dengan memberi
kempen atau rancangan yang menghidupkan jiwa dan rohani.
8. Pendekatan akademik. Ini boleh
dilakukan dengan menambahkan aktiviti-aktiviti berteraskan akademik dan separa
akademik seperti kegiatan ko-kurikulum di sekolah. Begitu juga dengan
perubahan-perubahan teknik-teknik pengajaran seperti penggunaan komputer,
video, bantuan alat pandang dengar dan teknik pengajaran luar kelas.
9. Penguatkuasaan Undang-Undang oleh
pihak berkuasa seperti polis.Bidang kuasa polis yang sedia ada perlu digunakan
oleh pihak pentadbir sekolah dalam mendisiplinkan pelajar-pelajar.Pihak
pentadbir hendaklah mengambil kesempatan dengan merujuk masalah pelajar ini
kepada pihak polis.
10. Langkah-langkah pencegahan yang bersesuaian
hendaklah diadakan seperti kaunseling di peringkat sekolah. Kaunseling di
peringkat sekolah adalah penting dalam membantu remaja mengatasi masalah
mereka. Program ini akan lebih bermakna sekiranya kaunselor-kaunselor yang
berkelayakan dan berpengalaman dilantik dalam memantapkan pelaksanaan dan
keberkesanan kaunseling tersebut.
11. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
perlulah memainkan peranan yang penting.Pertemuan yang lebih kerap antara ibu
bapa, penjaga dan guru perlu diadakan khasnya bagi pelajar-pelajar yang
bermasalah.Ibu bapa seharusnya menerima teguran daripada guru dengan sikap
terbuka dan positif.PIBG jangan lah jadi umpama “kucing tak bergigi, tikus
lompat tinggi-tinggi”.
PENUTUP
Remaja kita tidak mementingkan perihal tentang menghormati ibubapa,
guru dan golongan yang lebih tua daripada mereka, tentang belajar, bekerja dan
lain-lain lagi. Mereka hanya mementingkan keseronokan daripada semua itu,
mereka merasakan diri mereka seperti kurang bermakna jika tiada keseronokan
dalam hidup dan memilih hiburan melampau.
Biasanya, remaja adalah mereka yang berada dalam lingkungan umur
belasan tahun. Secara amnya, golongan remaja berumur antara 11 hingga 19 tahun.
Jika kita perasan, dalam linkungan umur inilah ramai remaja kita yang menghadapi
pelbagai masalah. Remaja kini bukanlah golongan yang pandai berdikari seperti
remaja zaman dahulu, malahan mereka seperti bayi yang perlu dijaga seperti
menatang minyak yang penuh.
Kini negara kita mengalami pelbagai masalah yang melibatkan golongan
remaja, bahkan isu ini sudah menjadi perkara biasa bagi masyarakat negara kita.
Mereka sering berpendapat bahawa masalah atau gejala sosial dalam golongan
remaja adalah normal bagi umur mereka yang sedang meningkat naik. Rata-rata
kita dapat melihat gejala sosial yang berlaku di seluruh negara adalah dalam
kalangan anak muda remaja.Dalam ini ibu bapa perlu memainkan peranan yang
tinggi dalam mendidik anak anak mereka supaya menjadi jenerasi yang berguna
pada masa hadapan.
RUJUKAN
1. Sumber internet
2. Keratan akhbar Sinar Harian
3. Google imej
LAMPIRAN