Wednesday, 17 August 2016




KOD SUBJEK           : DUB 1012 (PENGAJIAN MALAYSIA)

TAJUK E-FOLIO      : TERANGKAN FAKTOR-FAKTOR PERKEMBANGAN ISLAM DI  ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA

NAMA PENSYARAH: PUAN NORAINI BINTI NAWAWI.

AHLI KUMPULAN: MUHAMMAD SYAHIDAN BIN SUHAIMI
                                   
MUHAMMAD AFIF IRFAN BIN MD SHAHRI
                                   
FITRI DANIAL BIN MUHAMAD
                                   
SYED HAZIQ BIN SYED MUHAMMAD
                                   
LUQMAN NURHAKIM BIN SHAHRIN




SESI                            : JUN 2016



 ISI KANDUNGAN

                                   

BIL

KANDUNGAN


MUKA SURAT

1.0

PENDAHULUAN

3

2.0
   

FAKTOR-FAKTOR PERKEMBANGAN ISLAM PADA ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA


4-8

2.1

PERKAHWINAN

9-10

2.2

PERDAGANGAN

11

2.3

PENAKLUKAN

12-13

2.4

PERANAN PUSAT KEBUDAYAAN

14

2.5

PUSAT ILMU

15-16

3.0

KESIMPULAN

17

4.0

RUJUKAN

18

5.0

LAMPIRAN

19-22




1.0 PENDAHULUAN


       Seawal abad ke-15, Islam telah mula bertapak di Melaka. Sultan Megat Iskandar Shah merupakan sultan yang pertama memeluk agama Islam. Baginda juga merupakan putera kepada Parameswara. Sejak pada itu, Melaka mula berkembang menjadi pusat penyebaran agama Islam. Selain itu, Islam dijadikan sebagai agama rasmi pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Shah (1446-1456). Baginda juga memperkenalkan undang-undang Islam yang dikenali sebagai Hukum Kanun Melaka. Terdapat beberapa faktor perkembangan Islam di Zaman Kesultanan Melayu Melaka. Antaranya ialah faktor perkahwinan, faktor perdagangan, faktor penaklukan dan politik, faktor peranan ulama' dan ahli sufi dan lain-lain.



2.0 FAKTOR-FAKTOR PERKEMBANGAN ISLAM PADA ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA





Sebelum kedatangan islam di Melaka, masyarakat Melayu mempercayai kepercayaan seperti animisme dan Hindu-Buddha yang diwarisi daripada nenek moyang mereka. Kehidupan mereka penuh dengan unsur kepercayaan tahyul dan karut seperti roh dan jiwa. Sebaliknya kedatangan islam telah menukar kepercayaan dan gaya hidup rakyat Melaka. Islam merupakan sebuah agama yang sangat sesuai untuk semua lapisan masyarakat dalam semua zaman. Islam adalah berteraskan aqidah, ibadah, syariah dan akhlak yang memberikan kebahagian di dunia dan di akhirat. Ini menyebabkan agama islam mudah diterima dan difahami oleh seluruh masyarakat Melaka. Dalam aspek social, islam menegaskan bahawa tiada perbezaan darjat dan orang yang bertaqwa sahaja yang mulia di sisi Allah S.W.T. islam memberi jaminan dan keadilan social kepada umatnya tanpa membezakan antara yang kaya atau miskin. Malahan islam sentiasa menanamkan sifat-sifat Mahmumah (terpuji) dan mengelakkan sifat-sifat Mazmumah (tercela). Sementara dari aspek ekonomi pula, Islam mengharamkan umatnya menipu dan melakukan riba’ sebaliknya Islam mempunyai peraturan tertentu yang berlandaskan hukum islam seperti mu’amalat, zakat dan sebagainya. Dalam aspek politik, islam menggalakkan umatnya berlaku adil dan tidak mengambil rasuah ianya akan membawa kepada kehancuran masyarakat dan Negara. Keadaan ini menyebabkan islam mempunyai daya tarikan kuat kepada rakyat Melaka yang sebelum ini dipengaruhi kefahaman Hindu yang kompleks dan rumit terutama sistem kasta yang menyukarkan keadaan dalam mewujudkan perpaduan dan kerjasama antara satu sama lain.


Di samping itu, perdagangan merupakan salah satu aspek penting dan berkesan dalam proses mengembangkan dakwah Islam Mengembangkan dakwah Islamiyyah di Kesultanan Melayu Melaka. Pedagang Arab,Parsi,India dan Melaka telah berdagang sesame mereka sejak beberapa kurun sebelum Masihi hingga ke zaman kedatangan Islam pada abad ke-7 dan ke-8 Masihi.Mereka telah berjaya mengislamkan penduduk tempatan dengan mengadakan hubugan baik dengan para pembesar tempatan dan saudagar-saudagar dari kerajaan lain seperti Pasai dan Acheh.Terdapat segelintir daripada pedagang-pedagang tersebut menetap sementara untuk menyebarkan dakwah kepada rakyat Melaka.Seterusnya,Islam tersebar di Zaman Kesultanan Melayu Melaka sejak awal abad Hijrah lagi menurut T.W. Arnold.Ini berdasarkan laporan pedagang-pedagang Arab yang telah berdagang di Melaka dan China.Kedudukan Melaka yang strategik telah menjadikan Melaka sebagai sebuah pelabuhan maritim bertaraf antarabangsa sehingga mendorong pedagang Arab,India dan Parsi berdagang di Melaka.Sementara menunggu perubahan angin monsoon,para pedagangdari Timur dan Barat menjadikan Melaka sebagai pusat persinggahan.Pedagang-pedagang Arab secara tidak langsung menyebarkan dakwah Islamiyyah melalui persinggahan ini.Sebahagian mereka menjadi guru agama dan menjadikan surau dan masjid sebagai tempat pengajian agama.Selain itu,pelabuhan Melaka menjadi tumpuan pedagang dari Gujerat,Palembang,Jawa dan China kerana kemudahan perdagang yang baik dan keselamatan yang terjamin.Ini menjadikan Melaka sebagai tempat pertukaran barang yang menarik perhatian saudagar-saudagar dari Arab dan India untuk berdagang di Melaka sekaligus syiar Islam berkembang pesat di Melaka.



Tambahan pula,kekaburan agama Hindu ialah salah satu sebab penyebaran Islam ke Melaka.Agama Hindu merupakan satu fahaman yang amat kompleks dan sukar difahami walaupun telah tersebar ke Melaka semenjak berabad-abad.Ajaran Hindu juga lebih menitikberatkan soal dongeng dan dewa-dewa yang hanya difahami oleh sami-sami mereka sahaja.Keadaan ini telah menjejaskan kepercayaan penganut-penganut agama tersebut.Sebaliknya agama Islam adalah satu agama yang mudah difahami dan dapat diterima oleh semua golongan.Hanya dengan menerima konsep ketuhanan yang esa dan Nabi Muhammad sebagai pesuruhNya,maka keislaman seseorang itu telah diterima.Penganut-penganut agama Islam dijelaskan dengan konsep Tuhan yang menjadikan seluruh alam,mempunyai kekuasaan dah tidak menyerupai apa-apa benda sekalipun.Hal ini dengan mudah menarik orang-orang Melayu menerima Islam.Jika diteliti dengan lebih mendalam,golongan ulama’ dan ahli sufi juga memainkan peranan penting dalam perkembangan agama Islam ke Melaka.Sifat mereka yang mudah bergaul dan beramah mesra dengan pelbagai lapisan masyarakat telah menarik minat penduduk tempatan untuk mempelajari Islam.Sehubungan dengan itu,suasana harmoni yang terjalin di dalam perhubungan antara ulama’ dengan golongan saudagar yang telah memeluk Islam telah menjadikan mereka berpengaruh besar.Para ulama’ berperanan penting dalam pentadbiran kerajaan-kerajaan seperti Perlak,Samudera Pasai,Acheh,Melaka dan sebagainya.Contohnya,dalam kerajaan Acheh,lahir ramai tokoh-tokoh ulama’ yang berperanan penting dalam penyebaran Islam.Antaranya ialah Hamzah Fabsuri,Nuru al-Din al-Raniri,Abdul al-Rauf Singkel dan Syams al-Din al-Sumatra.Mereka telah hasilkan banyak karya-karya berbentuk keagamaan.Kerajaan-kerajaan Islam seperti Perlak,Pasai,Melaka dan Acheh wujud pada abad ke-14,15 dan 16.Penyebaran Islam menjadi semakin pesat oleh sebab wujudnya kerajaan-kerajaan tersebut.Faktor penentangan kuasa Kristian seperti Portugis telah membawa kepada perkembangan Islam di Melaka dengan lebih pesat lagi.


Sehubungan dengan itu, perkahwinan merupakan antara faktor tersebarnya Islam ke Melaka. Ramai saudagar yang dating ke  Melaka merupakan golongan kaya raya. Sesetengahnya mempunyai hubungan yang rapat dengan pembesar-pembesar tempatan. Dengan kekayaan yang ada, meraka berjaya mempengaruhi wanita-wanita tempatan untuk dijadikan isteri. Malahan ada saudagar yang dapat berkahwin dengan puteri-puteri dari kalangan anak pembesar terutamanya di zaman Kesultanan Melayu Melaka. Perhubunga keluarga telah memudahkan para pedagang Islam berdakwah secara terus dengan kaun kerabat mereka sendiri. Perkahwinan ini juga sekurang-kurangnya juga dapat menarik minat pembesar-pembesar tempatan untuk menerima Islam. Biasnya apabila pembesar-pembesar menerima Islam maka seterusnya akan diikuti golongan bawahan ataupun rakyat secara beramai-ramai. Hasilnya bertamblah bilangan penduduk yang menganut agama Islam. Agama Islam juga tersebar melalui perkahwinan antara raja dari Negara lain. Proses ini biasnya dipanggil perkahwinan sahsiah. Langkah ini membantu perkembangan Islam ke sesebuah Negara. Umpamanya perkahwinan puteri Pasai dengan Megat Iskandar Syah menyebabkan Islam tersebar dari Pasai ke Melaka. Begitulah juga perkahwinan anak-anak raja Melaka dengan putera puteri Pahang dan kedah akhirnya telah menyebabkan kedua-dua menjadi negeri Islam kemudiannya.


Selaras dengan itu, Sultan Melaka juga mempunyai peranan besar dalam perkembangan Islam di Melaka. Baginda telah menyambut baik dan menyediakan tempat penyebaran Islam. Contohnya, dengan mewujudkan institusi agama dan menjadikan istana tempat menjalankan aktiviti Islam. Melaka mempunyai ramai tentera upahan dari Jawa. Mereka memeluk Islam semasa bertugas di Melaka dan menyebarkan apabila pulang ke tempat asal mereka. Kemudian, Melaka mempunyai tanah jajahan taklukan yang luas. Oleh itu, kebanyakkan raja negeri taklukan Melaka memeluk Islam sebagai tanda saat setia mereka kepada Melaka dan menjamin keselamatan Melaka. Selepas kedatangan Islam, muncul tulisan jawi yang berasal dari tulisan abjad arab. Dengan adanya tulisan tersebut maka bahasa Melayu berkembang dengan pesat.  Nahu dan pembendeharaan bahasa Melayu dilengkapkan dengan unsur unsur nahu  dan kata-kata Arab hingga bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar. Berbagai-bagai bentuk sastera Arab seperti syair, sajak, nazam dan sebagainya. Akhirnya, lahir ramai tokoh prngarang. Banyak karya terjemahan tentang kisah-kisah Nabi Muhammad SAW dan sahabat menarik minat dan perhatian penduduk Melaka. Contohnya, Hikayat Nabi Bercukur, Hikayat Raja Khandak, Hikayat Nabi Wafat, Hikayat Nabi mengajar Anaknya Fatimah, Hikayat Nur Muhammad.


2.1 PERKAHWINAN
            Perkahwinan adalah merupakan antara faktor perkembangan Islam di
Nusantara. Oleh sebab terpaksa tinggal di kawasan ini berbulan-bulan
lamanya untuk menunggu pertukaran angin, maka terdapat antara pedagang
itu telah mengahwini wanita-wanita tempatan. Ramai saudagar yang
datang ke alam Melayu merupakan golongan yang kaya raya. Sesetengahnya
mempunyai hubungan yang rapat dengan pembesar-pembesar tempatan.
Dengan kekayaan yang ada, mereka berjaya mempengaruhi wanita-wanita
tempatan untuk dijadikan isteri. Sebagai seorang Islam, mereka tidak
boleh berkahwin dengan bukan Islam. Ini telah menggalakkan
wanita-wanita tempata memeluk Islam.
Dengan contoh yang baik dari golongan ulama ini, keluarga mereka
secara langsung turut tertarik dengan Islam. Malahan ada saudagar yang
dapat berkahwin dengan puteri-puteri dari kalangan anak pembesar
terutamanya di zaman Kesultanan Melayu Melaka. Perhubungan keluarga
telah memudahkan para pedagang Islam berdakwah secara terus dengan
kaum kerabat mereka sendiri.

            Perkahwinan ini juga sekurang-kurangnya dapat menarik minat
pembesar-pembesar tempatan untuk menerima Islam. Biasanya apabila
pembesar-pembesar menerima Islam maka seterusnya akan diikuti golongan
bawahan ataupun rakyat secara beramai-ramai. Hasilnya bertambahlah
bilangan penduduk yang menganut agama Islam. Dengan cara ini Islam
telah berkembang di kawasan-kawasan kota perdagangan di Asia Tenggara.
Agama Islam juga tersebar melalui perkahwinan antara raja sesebuah
negara dengan puteri raja dari negara lain. proses ini biasanya
dipanggil perkahwinan sahsiah. Langkah ini turut membantu perkembangan
Islam ke sesebuah negara. Umpamanya perkahwinan puteri Pasai dengan
Megat Iskandar Syah menyebabkan Islam tersebar dari Pasai ke Melaka.
Begitulah juga perkahwinan anak-anak raja Melaka dengan putera puteri
Pahang dan Kedah yang akhirnya telah menyebabkan kedua-dua menjadi
negeri Islam kemudiannya.Pengislaman Raja dan Golongan Bangsawan
Pengislaman pemerintah merupakan antara faktor bagi perkembangan Islam
di Alam Melayu. Contohnya ialah di Melaka, apabila raja Melaka,
Parameswara memeluk Islam ramai pengikut-pengukut dan rakyat jelata
yang masuk Islam. Dalam masyarakat Asia Tenggara amnya, dan masyarakat
Melayu khasnya terdapat konsep taat kepada pemerintah yang dikenali
sebagai daulat dan derhaka. Konsep ini timbul kesan daripada pendewaan pemerintah yang
berlebih-lebihan oleh penduduk kawasan ini. Sebelum Islam, raja-raja
dianggap sebagai penjelmaan atau titisan dewa-dewa. Dengan itu muncul
konsep dewaraja. Walaupun konsep ini bertentangan dengan akidah Islam,
akan tetapi kemudiannya ia telah membantu penyebaran Islam dengan
cepat dan mudah di Asia Tenggara.



Apabila raja-raja telah dapat diislamkan oleh para mubaligh atau
pendakwah, maka seluruh rakyatnya ikut serta memeluk Islam, bukan
kerana meereka memahami agama itu dengan mendalam tetapi semata-mata
kerana taat kepada raja. Namun kemudian kelas-kelas agama diadakan
untuk rakyat jelata mempelajari dengan lebih mendalam mengenai agama
Islam. Kes-kes ini jelas dilihat dalam pengislaman kerajaan Melaka,
Kedah dan Patani. Sejarah Melayu mengesahkan bahawa apabila Raja Kecil Besar memeluk
Islam, baginda telah diikuti oleh pembesar-pembesar dan rakyanya.
Begitu juga cerita Hikayat Merong Mahawangsa tentang pengislaman Kedah
danHikayat Patani tentang pengislaman Patani.Apabila pemerintah memeluk Islam, kebanyakan nama mereka ditukar dan digelar sebagai sultan. Dalam proses pengislaman pemerintah saudagar-saudagar berperanan sebagai pendakwah. Saudagar-saudagar ini
bukan sahaja berdagang tetapi juga menyebarkan Islam. Selalunya
saudagar ini terdiri daripada orang yang kaya dan dapat menarik minat
golongan pemerintah dengan kekayaan yang mereka miliki.


2.2 Perdagangan
            Penyebaran Islam telah disumbangkan oleh golongan pedagang yang sekali
gus bertindak sebagai mubaligh. Ada dalam kalangan mereka adalah
golongan ulama dan golongan sufi. Walaupun pada peringkat awal tumpuan
perdagangan ialah dengan negara China, akan tetapi pedagang-pedagang
terpaksa singgah berbulan-bulan lamanya di pelabuhan-pelabuhan
Kepulauan Melayu untuk menunggu angin yang sesuai untuk meneruskan
pelayaran ke China atau untuk pulang ke Tanah Arab.
Dalam jangka masa yang panjang ini, pedagang-pedagang ini mempunyai
masa yang banyak untuk bergaul dengan penduduk tempatan dan sambil itu
menyebarkan agama yang dianuti oleh mereka itu. Biasanya pendakwahan
mereka ini dijalankan dalam kalangan sama-sama pedagang. Daripada
kalangan pedagang-pedagang ini terdapat juga pedagang yang bukan Islam
itu tertarik kepada agama Islam.


            Namun demikian penyebaran agama Islam yang dijalankan begini tidaklah
meluas. Ia terhad dalam kalangan pedagang-pedagang dan di kota-kota
pelabuhan sahaja. Pengislaman cara begini jelas digambarkan oleh Marco
Polo dalam laporannya tentang perkembangan Islam di Perlak. Beliau
mengatakan pada sekitar tahun 1293 M itu kebanyakan penduduk kota
Perlak telah Islam. Marco mengatakan pedagang-pedagang Islam telah
berjaya memujuk penduduk tempatan Perlak untuk memeluk agama itu.
Selain itu peranan pegawai-pegawai perdagangan dalam negeri-negeri
Islam di Asia Tenggara ini juga telah memesatkan penyebaran agama ini.
Sebagai contoh Syahbandar Melaka telah menyebabkan ramai pedagang dari
sekitar Kepulauan Melayu itu memeluk Islam.
Pedagang-pedagang Islam yang berdagang di Melaka biasanya akan
mendapat layanan yang istimewa daripada syahbandar-syahbandar ini.
Justeru itu, untuk mendapatkan layanan yang istimewa ini, ramai
pedagang dari Kepulauan Melayu yang lain, seperti Brunei, Ternate,
Maluku, Jawa, dan Sulawesi telah memeluk agama Islam.

2.3 Penaklukan


            Penaklukan juga tidak kurang pentingnya menjadi faktor pendorong

tersebarnya Islam di Nusantara ini. Apa yang dimaksudkan ialah

penaklukan yang dilakukan oleh sesebuah negara Islam ke atas daerah

lain. Jika daerah yang ditawan itu belum Islam maka dengan penaklukan
itu para pembesarnya akan terpengaruh dengan Islam kerana motif
politik, kedudukan, ekonomi dan sebagainya. Jika daerah yang ditawan
itu telah Islam maka dangan penaklukan itu, Islam dapat dikembangkan
dengan lebih berkesan lagi. Kerajaan Pasai sebagaimana yang diterangkan dalam catatan Ibnu Batutah telah meluaskan kuasa politiknya ke daerah sekitarnya dengan peperangan lalu Islam tersebar di daerah tersebut.
Namun peperangan bukanlah satu cara yang digunakan untuk menyebarkan
Islam seperti yang didakwa oleh Barat, meskipun ada penaklukan yang
berlaku tetapi bukan dengan cara kekerasan dan paksaan.
Memang banyak peperangan yang berlaku yang embawa kepada pengislaman
wilayah yang dikalahkan oleh kerajaan Islam. Sebagai contoh,
penaklukan Melaka ke atas beberapa negeri telah menyebabkan negeri itu
menerima Islam. Melaka semasa zaman
kekuasaan Bendahara Tun Perak telah berjaya menakluki beberapa daerah
di Tanah Melayu dan Sumatera seperti Pahang, Terengganu, Patani,
Kampar, Inderangiri, Rokan, Siak, Johor, Bangkalis dan lain-lainnya.

Oleh itu Islam tentunya dapat disebarkan dengan mudahnya di daerah
jajahan takluk tersebut. Begitu juga dengan penaklukan Demak ke atas
Majapahit telah mengislamkan penduduk kawasan pedalaman Pulau Jawa
itu.
Kerajaan Acheh yang merupakan sebuah empayar Islam yang tersebar di
abad 16 dan 17 di Asia Tenggara ini yang mempunyai jajahan takluk yang
luas di Sumatera dan Tanah Melayu tentunya dapat menyebarkan Islam
dengan mudah juga di daerah tanah tajahannya itu. Memangnya ada
tercatit dalam sejarah Acheh bahawa kerajaan Acheh telah mengirimkan
para pendakwah Islam ke daerah tanah jajahannya itu di Tanah Jawa.
Kerajaan Islam Demak juga telah menakluki daerah-daerah yang
diperintah oleh kerajaan-kerajaan Hindu. Misalnya kerajaan Hindu
Majapahit telah ditewaskan dan dijadikan tanah jajahan takluknya.
Dengan ini maka Majapahit bertukar menjadi sebuah negara Islam.
Di samping itu seperti yang diperkatakan sebelum ini, kesetiaan rakyat
Melayu (penduduk Asia Tenggara) kepada raja telah menyebabkan mereka
dengan mudah memeluk Islam. Perkara ini turut jelas dapat dilihat di
Jawa. Setelah Demak menawan Majapahit dan mengambil alih pemerintahan
kerajaan Jawa yang teragung itu, hampir seluruh penduduk kawasan itu
memeluk Islam. Golongan yang tidak mahu menerima Islam telah melarikan
diri ke Bali dan kawasan-kawasan yang dikuasai oleh orang bukan Islam.
Mereka memeluk Islam bukan dipaksa oleh Demak tetapi mereka mengikut
agama orang yang memerintah mereka.



2.4 Peranan Pusat Kebudayaan


            Kesusasteraan juga telah menjadi saluran penting kepada penyebaran

Islam di Asia Tenggara. Dengan kedatangan Islam, masyarakat di Alam

Melayu sebagai bahasa perhubungan utama. Dengan adanya satu bahasa

ini, kegiatan menyebarkan Islam menjadi lebih mudah dan lancar.
Kedatangan Islam juga telah memperkenalkan tulisan jawi. Hal ini
memudahkan para ulamak dan pendakwah mengajar tentang ilmu yang
berkaitan dengan Islam kerana mereka dapat menguasai tulisan jawi.
Di zaman keagungan Melaka dan Acheh, Bahasa Melayu telah dijadikan
bahasa pengantar dalam system pendidikan mereka. Pelbagai bentuk
sastera Arab seperti syair dan gurindam talah mempengaruhi Bahasa
Melayu. Hasilnya sastera-sastera Islam telah dikembangkan melalui
Bahasa Melayu dan ini sudah tentu dapat mengembangkan lagi fahaman
orang-orang melayu terhadap ajaran Islam.


            Beberapa tokoh karyawan dan ulama luar dan tempatan telah menghasilkan
karya-karya yang berunsur Islam sama ada dalam bentuk asli ataupun
terjemahan dan saduran. Sebahagian besar daripada karya tersebut
seperti Hikayat Nabi Bercukur, Hikayat Raja Khandak, Hikayat Amir
Hamzah dan sebagainya begitu diminati oleh orang Melayu.
Karya-karya ini mengandungi pelbagai unsur yang boleh mendekatkan
kefahaman pembacannya kepada ajaran Islam itu sendiri. Bidang
kesusasteraan Islam begitu pesat berkembang di Acheh sehingga
melahirkan ramai tokoh satera seperti Hamzah Fansuri dan Nuruddin
al-Raniri yang berhasil mengarang pelbagai jenis kitab agama.
Kitab-kitab ini kemudiannya disebarkan keseluruh jajahan takluk dan
hal ini sudah tentu membantu penyebaran Islam ke Alam Melayu atau
Nusantara



2.5 PERANAN MUBALIGH



            Pendakwahan oleh para ulama dan ahli-ahli sufi merupakan cara

penyebaran Islam yang paling meluas dan berkesan. Pendakwahan ini

telah dijalankan sejak abad ke-8 M lagi.

Pada zaman Khalifah Umar bin Abdul Aziz (717-720 M), pengiriman
pendakwah-pendakwah ke Asia Tenggara telah giat dijalankan. Beliau
berjaya mengislamkan pemerintah Kerajaan Suwarnabhumi atau Melayu
Jambi yang bernama Sri Indravarman. Sri Indravarman ialah seorang
Maharaja Srivijaya yang namanya dikenali dalam catatan China sebagai
Shih-li-t-’o-pa-mo. Pada tahun 100 H (718 M) Maharaja Srivijaya itu
mengutus sepucuk surat kepada Khalifah Umar bin Abdul Aziz dan memohon
baginda menghantar seorang ulama bagi menerangkan tentang agama Islam.
Kerajaan Majapahit bertukar nama kepada Sribuza Islam kemudiannya.
Sekitar tahun 820 M, sebuah rombongan mubaligh Mazhab Syiah yang
diketuai nakhoda khalifah telah sampai di Perlak. Rombongan itu telah
berjaya mengislamkan pemerintah dan penduduk Perlak dan menjadikannya
sebagai kesultanan Islam yang pertama di Asia Tenggara. Oleh itu pada
peringkat awal ini, Islam yang tersebar di sekitar pesisir pantai
utara Sumatera adalah Syiah.
Menjelang abad ke-10 M, keadaan dunia Islam kucar-kacir. Kerajaan
Abbasiyah semakin lemah menyebabkan wilayah-wilayah di bawah kuasanya
mula memerdekakan diri. Peperangan untuk merebut wilayah di antara
kerajaan-kerajaan kecil itu sering sahaja berlaku. Keadaan kacau-bilau
dan porak peranda ini telah mengecewakan segolongan masyarakat Islam
ang beranggapan bahawa kekacauan dan keadaan ini berlaku akibat
daripada umat Islam yang terlalu mementingkan kebendaan masa itu. Oleh
itu golongan ini telah mengasingkan diri daripada orang ramai dan
hidup sebagai ahli-ahli sufi yang mengamalkan tarikat dan tasawuf.



            Ahli-ahli tarikat ini kemudian telah keluar dari Tanah Arab untuk
menyebarkan agama Islam mengikut fahaman mereka. Merekalah yang
memainkan peranan penting dalam penyebaran agama Islam pada abad ke-13
M dan selepasnya di Nusantara.
Sekitar tahun 1260-an utusan dari Makkah yang dipimpin oleh seorang
ulama Sufi bernama Syeikh Ismail al-Siddiq datang untuk menyebarkan
Islam di Asia Tenggara. Bersama-sama beliau ikut serta seorang ulama
sufi dari Malabar India, bernama Fakir Muhammad.
Mengikut Hikayat Raja-raja Pasai dan Sejarah Melayu mereka telah
menyebarkan agama di Lamburi (Acheh), Perlak dan Pasai.
Di Pasai juga telah didatangi ulama seperti Syarif Amir Sayyid
al-Syirazai dan Tajuddin al-Asfahani. Selain itu para ulama yang
menyebarkan Islam di Melaka boleh dikatakan semuanya terdiri daripada
ahli sufi. Antaranya Syeikh Abdul Aziz, Maulana Abu Bakat dan Maulana
Yusuf.
Setiap ulama sufi sampai di Asia Tenggara mengajar agama secara formal
yang pada mulanya di istana-istana dan kemudian di masjid-masjid atau
rumah-rumah mereka. Institusi ini kemudian telah berkembang menjadi
sekolah-sekolah tersendiri yang dikenali sebagai pondok atau
pensantren. Di Acheh ia dikenali sebagai dayah (yang berasal daripada
perkataanzawiyah).
Dengan adanya institusi-institusi pendidikan ini membolehkan agama
Islam diajar dengan lebih mendalam dan sempurna. Di samping itu,
institusi ini juga telah melahirkan ulama dan ahli-ahli sufi tempatan
yang kemudian menggantikan ulama luar menjalankan tugas menyebarkan
agama Islam di kawasan ini.
Dalam zaman keagungan kerajaan Acheh pada abad ke-16 dan ke-17, telah
lahir ulama sufi yang terkenal seperti Hamzah Fansuri, Syamsuddin
al-Sumatrani dan Abdul Rauf Singkel.
Di Jawa telah lahir ulama tasawuf yang terkenal yang dipanggil Wali
Songo. Mereka adalah sembilan ulama yang terkemuka yang berperanan
menyebarkan Islam di pulau itu.




3.0 KESIMPULAN 





Kesimpulannya berdasarkan penjelasan di atas,jelas menunjukkan bahawa pengaruh yang cukup besar terhadap perkembangan Islam secara lebih pesat dan berkesan di Melaka.Antara faktor-faktornya ialah melalui perdagangan,perkahwinan dan penaklukan.Bahkan,ia turut menjadi pemangkin kepada pertumbuhan pusat-pusat perdagangan Islam yang utama di Melaka.Oleh yang demikian,kita haruslah berganding bahu dalam mempertahankan agama Islam yang telah lama bertapak di Malaysia.Selain itu,kejayaan sesebuah negara sama ada dalam bidang pentadbiran,ekonomi,pendidikan dan sebagainya terletak di bahu pemimpinnya.Apabila pemimpin kuat maka negara atau rakyatnya menjadi kuat.Andai pemimpinnya lemah maka runtuh dan rosak binasalah sesebuah negara.Oleh itu,pemimpin yang berilmu pengetahuan,berwibawa,beragama,berkarisma serta memiliki nila-nilai murni perlu dilahirkan dalam sesebuah negara untuk memimpin negara ke arah kemajuan dan kemakmuran yang lebih kondusif.






4.0 RUJUKAN
 





Laman Web :



Buku :
  • Ikhtisar Perkembangan Islam- Dusuki Bin Haji Ahmad, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia, 1974 
  • Tamadun Islam dan Tamadun Asia- Mohd Masir Ripin, Published 2012 by Penerbit UTM Press





5.0 LAMPIRAN


























 



No comments:

Post a Comment